Friday, December 4, 2009

Bab 13

Imran duduk di kerusi menanti angka gilirannya. Dua minggu yang lalu dia datang ke situ membuat pemeriksaan kesihatan. Masalah sakit kepalanya makin menjadi. Setiap hari semakin berdenyut. Mula-mula dia rasakan perkara kecil saja tapi ini kalau sudah semakin kerap dia rasa terganggu juga. Hari ini keputusan ujian yang dia jalani akan di ketahui nanti. Lambat lagi, masih ada sepuluh pesakit di depannya. Ramai pula hari ni. Dia berusaha untuk keluar awal, selepas subuh tadi dia terpaksa membasuh terrace depan, memang sudah giliran dia. Novel di selak. Bosan, novel di tutup dan di masukkan ke dalam beg galasnya.

Dia membaca sms-sms yang di hantar oleh Azura. Senyum. Kakinya di hinggut sebelah. Makcik di sebelah menjeling tajam. Dia tersenyum dan menghentikan hinggutan. Sorry makcik. Saya tengah bosan ni ungkapnya dalam hati cuma. Dia memejamkan mata, ntah bila masa, dia tertidur.

“Encik Imran Zaki,” laung misi. “Imran Zaki,” sekali lagi, lebih kuat.

“Saya ..saya..” Dia bangun, matanya di gosok-gosok. Nombor giliran tertera di papan LCD.

“Dah lama misi tu panggil kamu,” ucap makcik tadi.

Imran hanya mampu tersengih dan kalut menuju bilik doctor.

“Sorry cik, tertidur pulak.” Misi tadi buat muka selamba. Tiada perasaan langsung.

“Oh Imran, mari duduk.”

“Good morning Doc.”

“Morning, so how are you feeling ?”

“Not so bad, tapi makin kerap pula.”

“Hmm” doktor melihat ke kertas yang bertulis macam-macam. Keputusan sudah tertera di situ. Imran menanti penuh sabar. Apa-apa pun dia kena terima.

“Masalah Imran ni baru saja, tapi kalau tak cepat rawat ianya boleh menjadi lebih serius.”

Imran membetulkan duduknya.

“Sekarang you dalam proses pemulihan dari dadah bukan ?”

“Ye doc.”

“So camana ?”

“Bagus, saya lebih positif, dan saya rasa saya dapat kawal diri saya,”

“Tu bagus, tapi kesan dari penggunaan dadah yang berlebihan dan lama, menyebabkan sel-sel otak agak lemah.” Doktor itu bangun dan meletakkan filem x-ray di skrin. “Ni hasil ujian MRI on your brain. Nampak jagged line ni, this is abnormal dan agak serious.”

Imran menelan liurnya. Begini teruk ?

“Lining ni semakin menipis, mungkin disebabkan itu terhasil rasa mencucuk-cucuk di kepala. Satu lagi kesan yang akan timbul, mungkin….perlahan-lahan ingatan awak akan hilang, dan kalau tidak bernasib baik boleh menyebabkan total memory loss.”

“Total loss ??”

“Jangan risau, although takde clinical evidence pasal ni, but there are reports I stumbled upon. So, saya akan prescribe some medication to help strengthen your brain muscle. Insya Allah dalam masa kurang dari enam bulan you akan sihat semula dan the scrutinizing pain akan sedikit demi sedikit pulih.” Doktor memberikan jaminan yang sangat melegakan hatinya.

Imran menghirup teh tarik di café hospital itu. Ubat yang di dalam bungkusan putih di renungnya. Rasa sesal tidak lagi berguna, namun dia masih bersyukur kerana ujian yang diberi tidaklah seteruk jika di jangkiti virus HIV.

Apa-apa pun dia memohon Allah memberinya kekuatan mengharungi satu lagi dugaanNya. Walau tidaklah sebesar mana ujian itu tapi tetap dia takut menghadapi hari-hari esok yang tidak tahu apa terbentang buatnya. Dugaan datang menandakan Allah sayang akan hambaNya. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

Bulan mengambang penuh, bayangannya terpancar di permukaan tasik. Suasana sepi di sekeliling. Imran duduk di tepi tasik, kakinya yang bogel tidak berselipar, di biarkan di sapa embun pagi. Dia termenung memandang ke tengah tasik. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Tadi dia berjaya menerobos dirinya untuk ke tasik itu. Tiada seorang pun yang tahu. Dia perlukan ketenangan itu.

Bukan hendak berbuat apa, cuma mahu menyendiri. Sudah sering kali dia ke tasik itu, dia mahu merakamkan waktu indah malam-malam begitu. Mungkin esok, mungkin juga lusa dia akan hilang kenangan itu. Memikirkan hari itu dia berasa ngeri. Dihela nafas dalam-dalam. Walaupun doktor memberi jaminan yang dia akan sembuh tapi dia tetap berasa resah. Bertambah rasa ngeri pabila dia merasakan satu hari dia akan kehilangan Azura. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Kalau lah hari itu tiba di mana aku tidak lagi mengingati siapa Azura, aku mohon pada mu Ya Allah, biarlah aku tetap merasa cintanya. Air mata turun perlahan di pipi itu.

Dia bangun dari duduknya dan berjalan mengelilingi tasik itu. Kedamaian makin terasa. Dadah yang dulu sering di carinya tidak lagi diingini. Dia semakin yakin kalau dia tidak lagi memerlukan suntikan bodoh itu lagi. Dia menyepak sebiji batu kerikil, tergolek ia dan terjatuh “plop” ke dalam tasik yang diam bertasbih pada Pencipta semesta alam. Imran tersenyum sendirian. Indahnya malam ini, kepalanya di langutkan ke langit yang gelap. Bintang bertaburan, dan ada sebutir bintang besar yang berkelip. Azura, kau laksana bintang itu. Cantik. Perlahan dia bersiul mengalunkan irama lagu Engkau Laksana Bulan. Hatinya terasa damai.

Marini melihat wajah Imran tanpa berkedip. Dia masih menanti jawapan. Imran masih berfikir-fikir. Liza menongkat dagu. Ish lamanya.

“Tak boleh…tak boleh ..” geleng Imran.

“Ala bang…boleh laaaaaaaa…” pujuk Marini

“Tak boleh…tak bole……”

Liza memeluk tubuh. Terpamer kehampaan pada wajah bulat itu.

“Satu kali je …. Bukan lama pun. Paling 5 minit.”

“Ntahnye….5 minit je..apa plak tak bolehnya.”

Imran tersengih. Gila. Memang kerja gila.

“Korang ingat aku ni apa…”

“Ala bang…..pleaseeeeeeeeeeeee” rayu Marini lagi.

“Bila kak Zura masuk je abang mula…boleh la.” tambah Liza. Imran tersengih.

“Ala satu lagu je bukan susah pun….”

“Aghhhhhhh….” Imran bangun. Dia berjalan setapak dua. Tersenyum dia sendirian.

“Bang !!!!”

“Ala leceh la lu brader.” Celah Liza.

Imran memalingkan badan, senyum masih terlekat di bibirnya.

“Tapi bukan lagu tu….Abang sendiri akan pilih lagu untuk Cik Azura.”

“Alrite,” serentak mereka bersorak kecil.

Handphone bergegar tanda ada SMS masuk. Azura yang sedang ralit membuat sketch menyeluk beg rotannya.

“KAK !!! Liza ada masalah besar…dia nak buat benda bodoh…tolong kak datang sini sekarang….”

Apa hal pulak budak ni. Dia menekan nombor Marini. Tidak di jawab. Di cuba lagi, tidak juga di angkat. Hish budak-budak ni. Tanpa berlengah dia mengambil kunci kereta, tidak dihiraukan walau waktu itu sudah jam 11.45 malam. Dia memecut kereta membelah malam yang belum sunyi lagi. Warga kota masih lagi berpesta. Masih lagi bertaburan di kelab-kelab. Masih lagi mengisi lorong-lorong gelap.

12.05. Dia masuk ke perkarangan rumah putih itu. Sunyi. Handphonenya bergegar lagi.

“Saya dan dia ada di bilik Audio. Cepat kak…”

Azura berlari anak. Di bukanya pintu, gelap pekat. Dadanya berdegup kencang, janganlah mereka buat perkara yang bukan-bukan sempat dia berdoa di dalam hati.

“Liza…Marini….”

Senyap. Tiba-tiba lampu kecil terpasang. Imran di piano, tanpa berpaling dia memainkan sebuah lagu. Lagu baru ciptaan dia sendiri, khas untuk permata hatinya.

Terbeliak matanya dengan mulut terbuka sedikit. Terkejut yang belum habis lagi. Dia terpesona dengan irama lagu itu, hati berbekas dengan lirik romantis penuh syahdu. Tanpa dia sedar air matanya mengalir, terharu dengan kejutan yang sungguh tidak dia duga. Dia tenggelam dalam khayalan. Tenggelam dalam emosi yang bergegaran. Imran memandang penuh sayang dan jarinya terus mengalun irama, bibirnya terus melontarkan rahsia hati.

Imran aku mencintaimu sepenuh jiwaku. Kata-kata itu berlegar terus di mindanya.

“SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE…” sorak suara-suara yang terasa penuh di dalam bilik itu…

Marini bersama Liza di sisi membawa sebuah kek. Cahaya lilin berlintuk liuk. Suasana menjadi hiruk pikuk dengan tepukan-tepukan penghuni rumah itu. Azura terperangah lagi. Dua kali kejutan. Cukup membuatkan dia terduduk mengawal emosi yang bercampur-campur.

Berlatarkan alunan piano mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

“Ok Kak, make a wish.”

Azura hanya mampu tersenyum. “Tak baik tau Marini buat akak terkejut malam-malam buta ni.”

“Saja je kak,”

Liza tersengih-sengih. Menjadi juga idea aku.

“Liza, akak tau ni semua kerja awak la ni…kus semangat.”

“Ala kak…apa-apa pun Happy Birthday,” dia memeluk Azura lama.

“Kak terima kasih atas segalanya.” Bisik dia perlahan. Azura hanya mampu tersenyum.

“Ye kak Happy Birthday..moga tahun ni akak bertambah sihat dan di temukan jodoh.” Sambut Marini pula lantas mengerling Imran.

“AMIN,” sambut yang lain bersemangat.

“Kak Zura pun nak ucapkan terima kasih sangat-sangat. Terharu tau , walau tadi akak panic gila dengan permainan 2 budak nakal ni….” Dia menepuk bahu Liza dan Marini yang menghimpit di kiri dan kanannya.

Malam itu di selubungi kemeriahan. Mereka makan dan berdansa. Azura terasa sangat gembira, cuma dia hairan kenapa Imran seakan menjauhkan diri. Yang dia tidak tahu, Imran sedang menanti peluang terbaik. Pabila semua yang hadir sibuk berdansa barulah dia mendekati Azura.

“Selamat Hari Jadi. Maaf I tak sempat nak beli hadiah.”

Tanpa berkata, Azura menarik tangan Imran dan menuju ke satu sudut.

“Lagu tu hadiah paling bermakna untuk Zura.”

“Luahan hati ku.” Perlahan dia berkata.

“It’s lovely.”

“You suka ?”

“Terlalu suka…”

Andai kau tahu bisikan jiwaku tatkala aku merindumu oh kasih… itu bait-bait lirik yang masih terngiang di telinganya. Mata mereka bertentangan untuk seketika. Sinar mata Imran yang redup sudah cukup membuatkan debaran yang tidak keruan. Dia mahu wanita itu dalam dakapan mesranya, mahu dia bisikan betapa cinta, kasih dan sayangnya semakin hebat. Tapi bukan sekarang, bukan juga esok. Bila ? Dia sendiri tidak punya jawapan.

“Perhatian…perhatian…kita kena off …aku dapat permit 1 jam je nih…kang Pak Aman mengamuk…”

“Ala leceh laaaaa..” sampuk Vishnu.

“Ntah ..apa kes 1 jam je….”

“Baru nak panas dah kena balik apa la lu Marini….”

Azura sempat mengerling Imran. Dia merasakan kebahagian adalah miliknya sekarang. Bersama Imran dia mahu berbagi rasa bahagia itu. Dia tidak takut lagi, dia percaya Imran akan menjaga hatinya. Ikhlas menyayangi dia, seperti mana juga dia.

Bab 12

Mat memunggah semua barang-barang yang tersusun kemas di dalam almari. Dilambaknya ke atas katil yang bercadar putih. Imran berdiri di tepi tingkap. Dia masih dapat melihat kesan-kesan air mata di tepi mata anak muda itu. Suasana sepi cuma terdengar sesekali sedutan air hidung si Mat, menahan sendu.

“Mat, nah ambik ni.” Imran menghulur sebuah CD. Beatles greatest collection. “Ni, limited edition.”

Mat menyambutnya. Selalu dia pinjam CD itu dari Imran. Bahkan sentiasa berada dalam pemacu CDnya.

“Ta..kk pp..pe la bang.”

“No, abang memang nak Mat simpan.”

Mat memerhati Imran yang duduk di birai katil. Dia mengusap CD itu, dan tersenyum.

“Tii m a k a sih b ang.” Perlahan suaranya menahan sedih.

“…Ni cap ni, a ba ng s ss impan pp pulak ok.” Di sarungnya topi itu ke Imran. Imran tersenyum. Topi itulah selalu dipakainya. Kemana saja di pakai. Di sebabkan dia rajin membasuhnya tak pulak berbau masam atau hapak.

Dia terus mengemas, mana yang tidak perlu di ketepikan. Ada juga beberapa barang hendak di beri pada Liza. Kawan akrabnya. Namun jauh di sudut hatinya dia menganggap Liza lebih dari itu, cuma dia tidak punya keberanian untuk mengatakannya.

Malam itu dia tidak tidur. Dia memandang ke setiap penjuru siling itu. Berat hatinya mahu meninggalkan rumah itu. Dia sudah serasi. Dia punya teman-teman yang baik. Dia bertemu Azura yang di anggap seperti kakak. Dia akan merindui semuanya terutama Liza. Dia tidak akan mendengar lagi petikan piano dan suara merdu Imran. Kenapa ayahnya kejam mahu merengut semua yang dia kecapi waktu itu. Dia mendapat cinta dan kasih sayang di rumah itu. Kenapa mahu di tarik. Dia mengeluh.

“Dunia ni luas Mat, di mana-mana ada kebahagian, asalkan kita pandai mencarinya,” kata-kata Azura siang tadi bermain dimindanya. Kebahagian aku temui di sini kak. Kak Zura dan teman-teman di sinilah kebahagian ku.

Azura melangkah masuk ke ruang makan. Mat, Imran, Liza, Marini dan lain-lain sedang makan dan berbual. Hari akhir Mat. Dia tampak sedikit sedih. Senyumannya tak seperti selalu.

“Mat,” panggil Azura dari belakang. Tanpa berkalih dia bangun dan menuju pada Azura.

“Kak, ss aa yya tt..tun ggu kk…kak d..dari t..tadi l..lagi…” dia menyerahkan 3 kuntum bunga matahari yang di bungkus dengan kertas coklat. Bunga yang di tanam dan di jaga sendiri.

“Terima kasih Mat,” Azura senyum, dia tahu kalau bunga itu menjadi kebanggan Mat selama di rumah itu.

“Maaf akak lambat sikit, sebab Kak Zura buatkan brownies dan muffin ni untuk Mat.”

Terpamer senyuman di wajah kebudakan itu. Dia memang suka apa saja masakan Azura.

“Jom kita makan sama-sama, dan ini Mat simpan untuk bekal dalam flight nanti petang.”

Berkebaya hijau tua, Azura nampak anggun sekali pagi itu. Hampir saja jantung Imran tercopot. Masalah Mat hampir selesai. Masalah yang bersarang dalam dirinya ntah bila nak selesai. Dia tersenyum sendirian. Tanpa dia sedar ada mata melihat.

“Lawa eh Kak Zura.” Bisik Marini. Imran hanya mengangguk. “Abang suka dia eh ? Jangan tunggu lama-lama bang.” Dia menyiku lengan Imran.

“Hey…syyyy” cepat Imran menegah. Marini tersengih.

“Tapi bang, Mar rasa kan…kak Zura pun sukakan abang.” Bisik Marini lagi. Imran hanya mengerut kening seolah mencari kepastian akan apa yang di ucapkan Marini.

Azura yang sedang memotong brownies dapat melihat kedekatan Marini dan Imran. Tercalit rasa cemburu melihat Marini berbisik rapat pada Imran. Pisau yang di pegang rasa seperti hendak jatuh. Imran sedar, lalu menjauhkan diri dari Marini, cepat-cepat dia menyambut pisau yang hampir terlepas.

“Pisau ni tajam, hati-hati ye.”

Azura diam saja. Dia sedang melawan gejolak yang baru timbul di dalam hatinya. Panas gengaman Imran terasa kuat menghantar kejutan elektrik ke jantungnya yang berdegup seribu kali lebih laju dari normal. Mata mereka bersatu. Sinar mata Imran seolah mengatakan isi hatinya. Azura tidak mampu melihat silauan itu, pandangan dialihkan, tidak ada daya dia. Sinarnya menerobos masuk seperti panah yang baru dilepaskan dari busurnya. Menikam tepat ke sasaran.

Kejadian yang baru terjadi di saksi oleh semua di situ. Semua terdiam. Semua menanti reaksi Azura. Imran tersengih. Dah berani skit dia !

“Em…apa lagi makan la brownies ni,” katanya selamba, sambil mengagihkan brownies yang telah di potong ke dalam pinggan. Liza dan Marini pula membantunya mengagihkan pinggan ke semua yang ada di dewan makan.

“Sebelum kita makan, kak Zura nak ucapkan sesuatu pada Mat.”

Semua mata teralih. Suasana kecoh bertukar jadi sepi semula. Dia menghela nafas.

“Mat, hari ni kita berpisah, tapi tak bermakna Mat hilang dari ingatan kami semua. Mat di luar sana sangat luas, pilihan di tangan Mat, jadinya pilihlah yang betul. Kami di sini semua mendoakan Mat.”

Air mata Mat mengalir perlahan. Dia terlalu sayangkan Azura. Pinggan yang di pegangnya di letak atas meja. Dia berjalan perlahan menuju ke Azura. Sampai di sana, tangan Azura di salam dan di ciumnya penuh rasa hormat. Azura memeluk bahu Mat perlahan, dan dalam pelukan kasih sayang seorang kakak, air mata mereka menitis.

Bukan mereka sahaja, bahkan hampir seluruh penghuni yang ada di situ. Mat yang baik hati. Dia berkawan dengan sesiapa pun walaupun lahir di kalangan ternama dan berpengaruh. Semua menyenangi sikapnya yang rendah hati dan tidak sombong itu.

“Kk a k z..Zura, ss..satu hh..hari nn..nanti M..Mat p..pasti ba ..lik .” Bisiknya perlahan.

“Ingat semua pesan kak Zura ye Mat. Dan yang paling penting jangan lupa solat.” Dia mengangguk lalu menyambung, “Kak, a..ab..an..g I..im…ran….cc..in..ta…kak,” bisiknya lantas tersenyum.

Azura melepaskan pelukan Mat. Dia memandang muka bulat itu penuh tandatanya. Mat hanya mengangguk bersungguh-sungguh. Dia senyum dan mengenyit mata pada Azura. Azura hanya tersengih malu.

Kereta BMW 7 siri model baru menyusur perlahan meninggalkan kawasan rumah itu. Mat masih memandang ke belakang, tangannya masih tidak henti melambai. Azura tetap menyorot kereta itu hingga dia membelok ke kanan, dan sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.

Liza menyapu bekas air mata, hidungnya merah, bungkusan yang di beri Mat tadi masih dalam gengamannya.

“Sampai sana, kirim surat kat Liza ye Mat,” bisik Liza tadi. Mat hanya memandang sepi lalu menangguk.

Sebelum dia melangkah masuk ke kereta di ambilnya tangan Liza, dielusnya lembut.

“Li..z..zaa…I..ll..oo..vvee..y..ou,” kata-kata akhir itu lah yang masih terngiang di telinganya. I love you too Mat, tapi sayang hanya hatinya saja yang mendengar bisikan itu.

Imran di sebelah diam, tiba-tiba menarik tangan Azura. Mereka menuju ke satu kerusi di hujung halaman. Pokok ketapang menahan sinar matahari dari terus menerjah.

“Azura,” dia menghela nafasnya.

“Ye, why Imran ?” tanya Azura perlahan.

“Azura, apa yang Imran cakapkan ini comes from my heart. I don’t need any respond but I just want you to know that …” terhenti di situ, dia teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

Azura terus mendengar. Dia diam, matanya tepat memandang ke bibir Imran.

“You nak bagitau apa ?”

“Azura…” dia menghela nafas lagi, lebih dalam, tanah di kuis dengan kaki kirinya, sebelum menyambung “I’m in love …” Ungkapan itu diucap antara dengar dan tidak.

Azura mengangkat keningnya, dia melihat tepat ke kepala Imran yang ditundukkan.. Dia menunggu sambungan kata-kata yang terhenti itu. Saat berdetik terasa perlahan sungguh. Imran masih terkerut-kerut, tekaknya terasa kering.

“Lupakan…lupakan semua ni….” Dia bangun dan meningglkan Azura termanggu. Jalannya cepat.

“Imran….Imran ?????”

Tanpa memperdulikan Azura dia masuk ke rumah itu dan terus ke kamarnya. Badan di hempaskan ke katil. Dia menutup matanya. Aku terlalu rapuh untuk menerima apa saja jawapan dari Azura, andai kata Azura menolak cinta ini, aku takut musnahlah segala yang aku bina sehingga kini. Andai juga Azura menerima cinta ini, aku masih belum kuat masih tidak mampu lagi. Memang benar fizikal aku sudah banyak berubah, tapi dari segi mental dan spiritual aku masih jauh, masih jauh lagi.

Adakalanya bayangan dahulu menerjah, masih ada ketika mana aku perlukan pada benda haram itu. Perjuangan aku belum tamat lagi, mana mungkin aku boleh membahagiakan dia. Aku takut untuk melukai sekeping hati yang tulus. Tidak boleh, tidak adil aku lakukan itu pada manusia sebaik Azura.

Dia berperang dengan dirinya sendiri. Berperang dengan perasaan yang meluap-luap ketika itu. Azura, aku menyintai mu, tapi aku sendiri tidak kuat lagi. Ya Allah, Ya Rabbi, perasaan ini datang dari mu …tolong lah aku …. Rintihnya. Raungan hatinya terhenti , handpohone berbunyi. Di lihat saja tanpa menjawab.

“Imran, turun sekarang, kenapa ni ?” Voice mail pertama.

“Imran, Zura tunggu ni, please.” Voice mail kedua.

Tidak sampai hatinya membiarkan Azura begitu. Takkan hendak membiarkan dia terus menunggu. Dari anak tangga dia melihat Azura berdiri di tengah-tengah ruang itu. Hatinya memarahi diri sendiri. Menyintai wanita ini adalah salah. Menyintai wanita ini bererti menambah duka dalam lipatan sejarah wanita itu sendiri. Bukanlah dia sengaja, cinta hadir tanpa di undang, kasih datang mengetuk walau segagah mana dia menghalang. Namun dia tewas dengan sinar mata dan senyuman manis yang menjadi igauannya. Dia tewas dengan lembut tutur kata dan tegas nasihat yang dilemparkan. Azura, andai kau tahu gelora di jiwa ini.

Azura tersenyum melihat Imran yang berdiri kaku di anak tangga terakhir. Di hampirinya Imran yang masih kaku. Sinar matanya masih seperti tadi. Senyuman masih terukir di bibir nipis itu. Tapi hati dan jiwanya bergejolak, satu perasan yang tidak tenteram terpamer di wajah tampan itu, terasa terus di sanubari Azura.

“Jom..”

“Ke mana ?” tanyanya perlahan. Tiba-tiba dia merasa malu dengan tindakan bodoh tadi. Tindakan keanak-anakan. Dia patut lebih berhati-hati, berfikir panjang sebelum berkata. Ah, inilah padah terlalu menurut kata hati.

Di halaman belakang rumah, Liza duduk bersila. Petang itu terasa sepi benar. Selalunya waktu itu dia dan Mat akan merawat bunga-bunga yang mereka tanam. Membaja dan menyiram. Dia tersenyum melihat bunga ros jepun yang akan menguncup pabila sang mentari mengundur diri. “Bbb…unga-bb..unga ni kk..kal..au pagi dia kk..embb..ang, ,m..malam dia t..tidur..b..bila dia k..kem..bang can..can..tik macam Liza.”

Bungkusan yang di beri Mat tadi masih dalam genggamannya. Rindu datang menghambat. Perlahan dia membuka tali raffia yang mengikat bungukusan berwarna hijau muda. Beberapa barang terbungkus dengan kertas bermacam warna. Seutas surat terlipat kemas.

Liza, waktu surat ini di baca, rasanya Mat dalam perjalanan ke satu tempat yang Mat tidak tahu apa yang menanti. Yang pasti Mat akan merindui semua kawan-kawan kita di rumah. Tentulah Liza yang akan paling Mat rindukan.

Liza, selama kita berkenalan, Mat menyenangi semuanya tentang Liza. Bermula sebagai kawan, tempat kita mengadu nasib, lahir satu perasaan yang Mat sukar ungkapkan (Mat kan gagap J) . Perasaan itu semakin hari semakin kuat. Maafkan Mat kalau ini akan mengganggu Liza, tapi biarlah Liza tahu yang Mat menyintai Liza. Andai kata kita tidak bertemu lagi, Mat harap ada sedikit ruang Liza tinggalkan untuk Mat. Di hati Mat hanya ada Liza, untuk selamanya.”

Air mata mengalir deras. Tidak sempat dia membalas kasih Mat. Kenapa Mat tidak melahirkan apa yang di rasai. Mengapa dia juga tidak menunjukan apa yang di simpan selama ini. Aduh Mat, mengapa kita tidak berterus terang.

Matahari semakin menghilangkan dirinya. Bunga ros jepun semakin bertaup rapat. Perjalanan hidup penuh teka-teki, penuh kejutan dan penuh rasa. Peristiwa hari ini menjadi kenangan masa hadapan. Kenangan indah terlipat dalam memori. Dalam kejauhan, sepasang kasih merindui. Menanti masa bertemu lagi.

Imran duduk diam di bangku batu yang masih terasa panas dek sinar matahari petang. Azura terus memerhati Imran, menanti kata-kata terburai dari bibir tipis itu. Nafas di hela. Dia bangun, tidak senang dia di perhati sebegitu.

“Azura, I’m not ready yet.” Akhirnya kata-kata itu terpacul juga.

Dia memerhati Azura yang masih di bangku batu itu. Tiada respon. Pasti Azura mahu dia berkata lebih dari itu, mahu dia menerangkan apa yang tertunda tadi. Dalam dia diam menyusun kata-kata agar tiada hati yang terasa, tanpa diduga titis-titir air mata mula mengalir perlahan di pipi mulus wanita itu. Imran tergamam. Mahu diapakan ? Gawat jadinya.

“Azura..” dia kembali duduk. Serba salah rasanya. Dia memegang bahu itu perlahan. Tangisan semakin deras mengalir. Bahu itu terhingut-hingut menahan sendu. Dia memalingkan muka Azura. Terharu. Dia terharu melihat wanita yang selalu kuat dan berani jadi begitu. Mata dan hidungnya merah. Perlahan dia menyeka air mata di pipi mulus itu.

“Sayang.. kerana Imran sayang pada Azura, Imran takut melukai hati Azura.” Azura bungkam. Sampai kapan harus dia menahan gejolak rasa yang meyelubungi dirinya. Rasa cinta terhadap lelaki itu semakin hari semakin tebal. Dia juga tidak berdaya lagi menangkis panah asmara. Dia menyedut air hidungnya. Jari Imran masih lagi menyapu air mata yang tidak dapat ditahan dari gugur dan terus gugur. Malu. Dia malu pada Imran. Senyuman di paksa melingkar di wajahnya, sebelum dia berkata,

“Zura tunggu sampai Imran betul-betul sedia. Hati ni sudah terbuka luas.”

Imran terkesima dengan kata-kata itu. Sungguh dia tidak percaya, kalimah itu lahir dari bibir mungil itu.

“Terima kasih sayang.” Perlahan dia mengenggam erat jari-jemari Azura.

Perasaan sayang dan takut menyelubungi dirinya. Aku akan menjaga hati mu Azura. Dalam hati mereka berdoa, agar ada sinar untuk mereka. Biar hati menjadi satu. Biar kasih bertaut. Biar cinta terpahat.

Sepasang burung bersiul sahut menyahut, mereka singgah sebentar di ranting pokok seakan mendoakan kebahagiaan dua jiwa.