Wednesday, June 10, 2009

Bab 10

Dia tekun menaip. Idea tengah datang. Mencurah-curah. Kalau tak ada ilham, memang payah, ntah apa moodnya hari ini, ilham bagaikan dituang-tuang ke dalam kotak fikirannya.

Itulah Imran, seoarang penulis novel-novel bercorak thriller. Novelnya memang laris di pasaran. Menggunakan nama pena Narmi Ikaz, namanya sendiri yang di terbalikkan. Tiada siapa tahu, di sebalik masalah ketagihan yang di hadapi dia merupakan seorang penulis yang agak ternama. Walau mamanya tidaklah sebesar dan sehebat A. Samad Said, Osman Awang, atau mana-mana tokoh sasterawan negara. Dia hanyalah penulis yang mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Dia leka, asyik dalam dunia ciptaannya.

Beberapa kali namanya di panggil oleh Mat yang ada di muka pintu.
“Bang..oooo bb.bang” jerit Mat. Patut la tak dengar , pakai head set getus hati Mat. Dia kesamping kiri Imran, perlahan di renggangkan headset dan menjerit kuat.

Imran terkejut lantas menolak Mat sampai jatuh tergolek ke atas katil.

“Hoi…kau apa hal ???” marah Imran. Marahnya tak jadi bila melihat Mat yang sedang ketawa besar. Kakinya terangkat-angkat ke atas. Kurang asam betul budak ni. Dia turut ketawa walau telinga berdesing. Imran duduk di sisi. Jarinya meneyeh-nenyeh telinga yang masih berdengung. Di ambilnya bantal lalu di hempuk ke perut Mat.

“Apa hal ?”
“Ka..k..Zz ..U ra” dah la gagap, di campur dengan saki baki ketawa membuatkan Imran bingkas bangun. Dalam keasyikannya menulis dia terlupa hari ini ada perjumpaan group support.

Malas melayan Mat, baik turun cepat-cepat. Apa yang di taip tadi segera di save. Dia menyisir rambut, selepas itu mencium ketiak. Ok. Tak de bau. Mat ketawa lagi melihat aksi Imran.

“Tt..tu..tung…gu” kelam kabut dia bangun dan berlari anak menuruti Imran yang berjalan laju menuruni anak tangga.

Marini, Liza, Chin, Vishnu dan Karim duduk dalam bulatan, mereka bersembang ringan. Azura masih menulis sesuatu dalam buku notanya. Perjumpaan mingguan mereka. Matanya menangkap kelibat Imran dan Mat yang memasuki ruang bilik diskusi itu.

“Ok semua dah ada kat sini, so kita mulakan ye.”
Imran duduk bertentangan, Mat pula di sisi Vishnu. Vishnu menepuk bahu Mat tanda tertanya khabar. Mat hanya tersengih-sengih.
“Orite, kita start with Liza.” Azura membuka helaian baru dan menulis LIZA. Dia akan mencatat semua luahan mereka dalam buku itu. Buku yang tersimpan segala rasa suka dan duka.
“Tak ada apa jadi , Cuma ada berita gembira.” Mulanya dengan senyuman ceria. Semua juga menunggu cerita selanjutnya dengan perasaan gembira juga.
“Sudah mau kawin ka ?” usik Chin.
“Ish tak la…”
“Nasib baik, kalau tak …” Chin menyambung lagi tapi belum sempat habis pehanya di cubit Liza. Semua ketawa.
“Ok sambung Liza, Chin jangan nakal” di hujung ketawa Azura berkata. Imran tersenyum melihat. Cantiknya dia…geram hatiku ini.
“Liza dapat kerja ! Akhirnya !” Mereka yang lain melahirkan rasa tahniah atas kejayaan Liza itu.
“Saya akan mula esok, di Mc Donalds TTDI”.

Perbincangan mereka berjalan dalam suasana yang ceria. Setiap dari mereka memberi sokongan di antara satu sama lain. Ketawa dan usik mengusik menjadi kebiasaan pada mereka.

“Ok, ni ada satu news. Kementerian Belia dan Sukan hendak anjurkan perlawanan antara rumah-rumah kebajikan dan pusat pemulihan, termasuk pusat serenti.”
“Kita kena participate, antara perlawanannya, badminton, squash, lari 100m, 200m dan 400m, bowling serta memanah,” sambil membaca surat jemputan dia memberitahu pada semua yang hadir.
“Bila tu ?” tanya Karim teruja.
“InsyaAllah, dalam sebulan lagi. Tapi kita kena daftar perlawanan apa nak masuk, then ada saringan.”
“Ok , bagus juga tu, kali ni kita kena pastikan kita menang ngan Pusat Serenti, last year diorang dah menang !” tambah Vishnu.
“Ok, camtu Vishnu saya lantik awak menjadi ketua delegasi. Mari kita sambung balik, Imran ?”

Vishnu mengangguk. Imran yang tadi diam dan menyampuk sekali sekala mula bercerita. Tentang emosinya ketika itu. Tentang rasa ketagihan yang semakin terkawal. Cuma satu dia tidak berani berkongsi. Belum lagi.
“Sekarang ni rasa ketagih tu ada, cuma tak macam dulu, much much better”
“Imran, ko bagi skit masa lagi…aku rasa aku dulu lagi teruk, kau ni ni kira cepat la juga,” Karim memberi peransang.

Imran mengangguk dan tersenyum berterima kasih.

“Saya takut nak jalan sorang-sorang, mesti ada kutu ikut,” sambungnya lagi.
“Apa susah , kau suruh je Cik Azura temankan, settle problem.” Chin pula menyampuk, deria rasanya mengatakan akan ada sesuatu bakal terjadi antara mereka ini. Beberapa kali juga dia ternampak, mereka akan curi-curi melihat satu sama lain.

Imran tersenyum, dia hanya memandang Azura. Entah mengapa pandangan itu membuat Azura berdebar. Dia mengalihkan badannya ke kiri.
“Nak temankan jalan saya tak de masalah, takut Imran la rimas nanti,” seloroh Azura, cuba melindungkan rasa debarnya.
“Tu…ok la dah dapat green light, tinggal ajak je,” sambung Marini lagi. Dia pun suka kalau Azura dan Imran ada “something”, atau lebih dari “something”. Dia mengenyit mata nakal pada Imran.
“Eh eh…ni dah lain macam jadinya. Marah Cik Azura nanti.” Imran membalas sambil mengangkat keningnya pada Azura.

Perbincangan mereka habis setakat itu, seperti biasanya mereka akan terus ke kedai Mamak untuk makan dan bersembang santai. Begitulah keakraban mereka. Sokongan dan dorongan yang kuat sesama mereka seolah menyuntik semangat dan keberanian.

Imran duduk di sebelah Azura. Suasana agak kecoh. Mat sibuk bercerita dalam gagap di layan dengan penuh sabar oleh Vishnu dan Chin.

“You sihat ? Ada khabar dari Makcik ? ” tanya Imran perlahan.
“Sihat. Alhamdulillah. Dia pun ok.” Azura diam. Dia rasa selesa di samping Imran. Rasa rindu yang menghambat dirinya selama ini seolah terhenti. Marini membisikkan sesuatu kepada Liza, yang sempat mengerling ke arah mereka. Liza tersengih-sengih.
“Aku suka, mereka nampak comel kan,” bisik Liza pada Marini.

Karim yang perasan mereka berbisik-bisik sibuk menghala telinga. Dia dapat menangkap hujungnya saja.

“Siapa nampak comel ?”
“Syyyyy , diam la kau…” kata Liza marah.
“Alah, aku tau….dan aku sokong,” selamba saja Karim berkata.
“Cik Zura, saya lupa nak cakap, malam kelmarin saya dengar ada orang jerit nama Cik Zura dalam tidur.”
“Eh ye ke ? Siapa ?” Azura melayan saja.
“Alah orang sebelah Cik Zura la,” yang lain ketawa melihat Imran tunjuk penumbuk.
“La, ye ke you jerit nama I ? Patut la semalam I tersedak-sedak., selamba Azura membalas.

Imran ketawa keras. Aduh. Mahu rasanya di cubit pipi halus itu. Tergugat imanku sebentar. Hai macam–macam budak-budak ni. Tak sesuai langsung. Aku ni dah berumur, bukannya budak-budak sekolah lagi. Lucu rasanya.

Pagi esoknya, Azura tekun meneliti email yang masuk ke inbox. Dia scroll ke bawah, dan ke atas, email yang dicari tidak ada. Semalam beria-ia benar si Simon hendak menghantar sebutharga lantai kayu untuk projeknya yang terbaru. Dia mula merasa cuak, di capainya handphone, baru sahaja hendak mendail nombor, Mimi masuk dan terus duduk di kerusi, membuatkan Azura terkejut. Matanya bengkak disebabkan tangisan. Hidungnya merah birat.

“Hei, what happened.” Azura bingkas bangun. Dia merapati Mimi yang mula menanggis. Mengurut lembut bahu temannya.
“You remember the guy I told you about..” dalam sendu dia memulakan cerita.
“Which one ?” tanya Azura jujur tapi Mimi menjeling seolah mahu menelannya.
“Ala Ridhwan…”
“Ya ya, the Langkawi guy, so ??”
“You tau tak dia nak break off ngan I.” So ?? apa yang peliknya. Alamak, kisah berulang lagi ni. Azura sudah berkali-kali menjadi pendengar setia di waktu-waktu begini.
“I punya la setia ngan dia, rupanya dia pasang lagi satu, bukan satu tapi tiga terus.” Azura hanya mengangguk.
“Geram tau.”
Azura terus-terus mengangguk.

“Rasanya that guy is not good enough for you. Baik you lupakan saja. Fariz kan ada, and he loves you very much.” Mimi diam.

Dia memeluk tubuh. Azura memberikan tisu dan di hembusnya hingus. Kuat-kuat.

“Ye lah…kau ni suka betul ngan Fariz tu, susah-susah sangat kau ambik la dia.”
“Eh eh camtu plak, dah la jangan nangis la kau ni dah tua tak elok.”
“Kurang asam punya kawan,” ujar Mimi dengan ketawa besar. Dah elok la tu. Tadi tu acah je, biasa la Mimi.
“Jom tengok wayang, aku nak release stress skit.”
“Boleh, tapi kau belanja.”
“Tak de hal, jom le.”

Kaunter tiket penuh dengan barisan manusia. Semuanya teruja untuk melihat Transformers yang baru di buka untuk tayangan. Dalam keriuhan dan keramaian itu Azura terpandang sesusuk tubuh.

“Camna ni, sure tak dapat tiket punya.” Keluh Mimi.
“Jap, jap kau tunggu sini ok ?” tanpa menunggu jawapan Mimi, Azura pergi mendapatkan lelaki itu. Imran. Seorang diri. Beratur di depan. Peluang senang !
“Hai Imran,” sapanya. Imran tentunya teruja.
“Hei, tak sangka jumpa kita kat sini ?”
“Nak minta tolong..”
“Boleh boleh no problem,”
“Dua ?” Imran mengecikkan matanya. Dua. Alamak dia datang dengan siapa pulak.
“Tu untuk kawan I,” jarinya menunding ke arah Mimi. Dia menggamit Mimi yang berjalan laju. Siapa pula mamat ni. Handsome bangat. Melihatkan kawannya seorang perempuan, Imran jadi lega.

Setelah mendapatkan tiket, Imran menyerahkan ia kepada Azura. Mimi terus terus memerhatikan lelaki itu. Tinggi, hidung mancung, mata kuyu, handsome gila, tapi cengkuk sikit. Mana la si Azura ni kenal. Tapi aku macam pernah nampak je mamat ni ..mana ye…oooooooooooo ye tak ye…dia ni la…

“Thanks la Imran, kalau tak de you, melepas la kawan I ni nak tengok wayang. Eh lupa plak, ni Mimi, my best friend ever.”

Mimi menghulurkan tangan yang di sambut malu-malu.

“Imran.”
“You ni macam familiar sangat.”
“Eh ye ke ? Muka saya macam Mawi ke ?” sambil meniru gaya seorang anak muda yang hendak ke uji bakat sebuah rancangan realiti. Gayanya di sambut derai tawa.

Azura ketawa sampai terkeluar air mata. Beberapa orang di situ mengalih pandangan ke arah mereka. Semua sibuk ingin tahu.

“Ya I remembered, I pernah pergi book launching...” Imran tersenyum. Pasti dua tahun lepas.
“Masa tu I took a few of your photos, but back then you are much thinner, and kurang mesra skit.” Panjang lebar Mimi bercerita.

Imran hanya mendengar komen, kurang mesra…aku tengah lalok kot masa tu. Hati dia terpalit rasa kurang senang. Agh biarlah waktu-waktu itu berlalu, bukan kah setiap detik ada peristiwa sendiri, indah atau duka dan yang penting sekarang dia mahu melalui saat-saat indah.

“Oh itu masa launching of my third book.” Katanya lalu menyambung, “kita dok sebaris, is it ok with you girls?” tanya Imran, sambil melirik Azura yang di sisinya.
“Ok saja..”

Imran diam saja mendengar celoteh dua perempuan di sisinya. Sesekali dia tersenyum, ada juga dia cuba mencelah tetapi reaksi Mimi yang sangat ekpresif membantutkan dia. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengangguk dan sesekali ikut ketawa.

“I nak beli pop corn, korang ?” tanpa sempat mendengar jawapan Mimi sudah pun berlalu. Imran mengerut dahi, pelik.
“Dia tanya kita kan ?” Tanya Imran pada Azura yang masih mengeleng kepala.
“Ye…tapi biasalah si Mimi tu…kreko skit,”
“Sib baik you tak cam dia kan,” terburai ketawa mereka. Azura mencubit lengan Imran yang mengadui kecil. Di tangkapnya jari-jemari itu dan dalam genggaman hangatnya di ramas perlahan-lahan.

“Tapi dia tu baik hati, I kenal dia dari kecil lagi, dialah tempat I mengadu.”

Mimi kembali dengan tangan penuh dengan pop-corn. Imran segera melepaskan genggaman tangannya tapi cepat di tangkap Mimi yang sudah tersengih lebar dan mengangkat kening.

“Ok amik-amik one each ye anak-anak,” hilang terus tangisan dia sebentar tadi.

Mimi yang selalu mengambil mudah tentang semua perkara. Dia menangis, dia ketawa dan dia senang dengan kehidupannya yang bermacam-macam itu. Azura dan Imran hanya tersengih melihat telatah Mimi.

Sewaktu mereka berjalan memasuki panggung, Mimi menyiku lengan Azura, sambil memuncungkan bibirnya ke arah Imran yang berjalan dahulu. Azura yang buat-buat tidak paham hanya mengangkat kening.

“You ada apa-apa ke ngan dia tu ?” bisik Mimi.
“Ish…dia tu in my support group..”
“Hah ??? Macam tu punya cute ?”
“Diam la ko Mimi, malu la.”
“Eh nanti aku nak korek segala-galanya. Promise me you will tell everything…”
“Zura, you nak duduk dalam ke ?”
Bual-bual kecil mereka terhenti.
“Takpe, you masuk dulu pun ok.”

Azura melabukan dirinya di sebelah Imran.
“Promise me !” sambung Mimi tak puas hati. Azura hendak tergelak juga dengan kekalutan si Mimi.
“Syyyyyyyy!!!!”

Imran tersengih saja melihat telatah mereka. Seperti anak-anak lagaknya. Dia tau Mimi berbisik-bisik menanyakan dirinya. Azura nampak malu-malu dan serba salah.

Usai tayangan Mimi kelam kabut hendak balik, dia baru teringat akan janjinya dengan Mamanya. Tanpa rasa bersalah dia meninggalkan Azura dan Imran. Sambil berlalu, dia tersengih melihat mata Azura yang bulat dan mengetap bibir. Marah la tu. Aku bagi peluang pun kau nak marah.

“Sorry la Imran, dah you kena hantar I pulak.”
“Eh no problem la..I lagi suka tau,” dia mengenyit mata.

Mereka berdua menuju ke basement yang semakin kosong. Keluar saja dari lif, Imran terhenti. Dia memandang sekeliling. Azura di sisi kehairanan. Dia memicit-micit dahi luasnya.

“Kenapa Imran ?” Lelaki itu menoleh. Mukanya mempamerkan seribu kerisauan. Macam ada masalah besar.
“I lupa , I park kat mana..” terlopong mulut Azura, dia menepuk dahi.
“Mampus…”
“Ye memang mampus….tapi kalau kita tak cari tak jumpa.”

Imran tersengih mendengar kata-kata itu. Memang dia ni di lahirkan untuk sentiasa berfikiran positif agaknya. Mereka berlegar-legar di situ, di sebabkan kereta pun sudah kurang jadi senang sikit hendak mencari. Hampir semua basement mereka pergi. 45 minit berlalu tapi jangan kata kereta, tayar kereta pun belum nampak lagi. Rasa bimbang menyelubungi diri Azura. Takut kalau-kalau kereta itu dicuri.

“Allah,” jerit Imran tiba-tiba. Peluh menitis dari dahinya, namun dia tetap nampak kacak.
“Awat ?”
“You tau tak, actually I park kat luar, adusssssssssssssss” dia mengetuk-ngetuk kepalanya.
“What ??? Kita dah waste almost 1 hour…” merah padam muka Azura cuba menahan marah, panas dan panik.
“Sorry Zura..tapi I tengok you nampak makin cantik dalam keadaan camni.”
“Arghhhhh tak payah you nak puji-puji I.”

Imran ketawa kecil, Azura yang hangat hati pun turut tertawa akhirnya.

“Anyway I got to spent another 1 hour ngan you kan.” Azura tersenyum, di tariknya lengan lelaki itu keluar dari situ.
“Ye tapi 1 jam yang panas dan panik !” dia menjeling lelaki yang berjalan rapat di sisinya.
“Makin you marah, makin comel,” usik Imran membuatkan Azura membeliakkan matanya.
“Azura, lately I selalu lupa.” Ucapnya setelah mereka masuk ke dalam kereta.
“Hmm…lupa yang teruk ke ?” tanya Azura, dahinya berkerut.
“Tak la…tapi benda-benda macam ni lah…letak barang kat tempat lain I cari kat tempat lain.”
“Tak pe, kita aturkan sessi ngan Dr. Azmi, I akan call dia.”
“Perlu ke ? Or ni kesan the drugs I”ve been taking all these years. Tak pe la, I akan pergi buat medical check up with my personal doctor.”
Azura diam, banyak faktor menyebabkan seseorang itu mengalami masalah lupa. Penyakit lupa merupakan antara satu kesan jangka masa panjang akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Namun masa tidak membenarkan dia berkata begitu pada Imran. Dia tidak mahu kenyataan itu menyusahkan lagi keadaan Imran. Dia harus di berikan galakan dan dorongan. Berita-berita sedih ini akan membuat dia terasa hati, golongan seperti Imran ini mempunyai perasaan sensitif yang terlampau, impaknya nanti akan menjadi terlalu besar dan akhirnya macam-macam boleh jadi.

“Tak pe, kita dengar apa kata Dr. ok .. you jangan risau .”
“I tak risau, Cuma pelik je.. umur pun memainkan peranan gamaknya.” Dia senyum dan mengenyitkan matanya pada Azura.

1 comment: