Duduk di birai katil dia termenung. Tuala putih membalut rambutnya yang basah. Azura bingung. Inikah namanya cinta. “Your heart aches and the beat is uncontrollable. You long for his warmth,” Mimi berkata dengan penuh semangat, sewaktu dia bertanya apakah rasanya jatuh cinta. Dia merasakan itu sekarang. Sakit hatinya menahan rindu tapi bila sudah di depan mata macam sakit jantung pula. “Your adrenaline shoot up. Nothing matters anymore”, betul rasa macam baru lepas berlari walau lelah tapi enak. Hai dah tua aku ni baru rasa cinta. “Loves come to anyone, no matters the age.” teringat dia dengan kata-kata guru Inggeris tingkatan lima, Puan Sugatha. Kata-kata Imran tadi terus terngiang-ngiang, juga kenyitan matanya yang nakal. Andai saja dia boleh luahkan.
Dia menggelengkan kepala. Balutan tuala di lepaskan, rambut yang ikal terlepas di gosok-gosok perlahan. Perasaan takut mula menghantui dirinya. Dia memejamkan matanya, menyoroti satu zaman yang lampau. Air mata tiba-tiba mengalir tidak dapat ditahan lagi. Keliru. Cinta , indah dan mengasyikkan, tanpanya suramlah kehidupan ini, hanya sakit dan air mata. Dia menghela nafas panjang. Gambar ibunya di renung lama. Dia tersenyum hambar. Kesian mak. Tuala di campak ke bakul. Menjadi kebiasaannya untuk tidak menggunakan tuala mandi lebih dari 1 hari. Dia mundar-mandir di dalam bilik itu, bagaikan si kucing yang kehilangan anak. Ye dia kayak si dara yang menanti uda, tidak jemu menanti bulan muncul indah di kaki langit bak si pungguk sepi di ranting tua.
Pintu kuat di ketuk, membuat dirinya hampir terjatuh. Jantungnya berdegup kencang. Apa hal plak ni, sempat dia mengerling ke arah jam di dinding. 1.30 pagi. Siapa ? Dia mengintai dari lubang kecil di pintu. Marini. Ni mesti kena balun lagi. Segera dia buka pintu. Gadis itu kusut masai. Ada bekas tangisan di wajahnya. Mukanya bengkak sebelah. Hidungnya ada kesan darah.
“Kak, maaf. Mar tak tau nak pi mana lagi.” Pintu di tutup setelah di pastikan tiada yang mengekori Marini ke situ.
Azura memimpin Marini ke sofa, tangannya sejuk. Dia faham benar. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali kejadian seperti itu menimpa gadis malang itu. Macam manalah nak pulih sepenuhnya dari ketagihan dadah kalau keluarga sendiri menganiaya.
“Dia buat lagi ?” Marini mengangguk. “Mar lawan ?” tanyanya lagi. Marini mengangguk lagi. Hujung matanya ada kesan tangis.
Marini tersedar, dia terasa badannya di himpit. Berat. Bau arak kuat melalui mulut si tua itu.
“Bapak….” Si tua itu tidak memperdulikannya. Nafsu mendahului pertimbangan. Si anak kecil tidak bermaya, di biarkan saja. Pagi itu Marini menangis, sakit terasa lagi. Dia mahu lari, tapi ke mana. Apalah yang boleh di buat oleh si kecil itu. Nak terus duduk di rumah dia takut.
“Jangan bagitau siapa-siapa. Kalau tak bapak akan pukul mak. Bapak sayang Marini.”
Setiap menjelang malam dia ketakutan melainkan kalau bapak itu kerja shift malam menjaga kilang di pekan. Tapi apakan daya, dia diugut untuk menutup perbuatan terkutuk itu. Sudah sekian lamanya, sehinggalah dia tak tertanggung, setiap malam di jadikan hamba pemuas nafsu serakah syaitan yang bertopengkan manusia. Dia membuka rahsia itu pada ibunya. Ketika itu dia baru sahaja selesai SPM. Malangnya ibu tidak mempercayainya, malahan menuduh dia mengadakan cerita.
“Kau ni kenapa hah ? Nak mak bercerai berai ngan bapak kau tu ? Tak kenang dek untung. Tak kerana bapak kau la kau tu boleh sekolah.” Maknya membebel. “Bapak kau tu setakat mabuk je. Tapi kalau sampai nak buat kerja tak senonoh tu aku tak percaya Nini. Kau jangan memain. Kalau kau tak suka kau boleh keluar dari rumah ni.”
Teh panas di sua. Marini menyambut lemah. Dia menghirup perlahan. Manis teh menyegarkannya. Jarinya yang sejuk terasa hangat memegang mug putih yang suam itu.
“Mar ingat Bapak tak ada tadi. Rupanya dia balik tengah malam,” mula Marini. Dia terdiam, mug di tangan di renungnya. “Mak perang besar dengan bapak. Mak nampak sendiri kemungkaran, sekarang baru dia percaya,” sambungnya sambil menyeka air mata yang bergenang di hujung mata. Azura mengelus lembut bahu Marini. Dia kasihan pada gadis itu. “Kak, esok saya nak ke balai polis, saya nak buat laporan.”
“Marini sure ?” Marini mengangguk.
Dia harus menghentikan perbuatan itu. Henti untuk selamanya. 15 tahun dia menanggungnya. 15 tahun dia hidup dalam ketakutan. Seawal usia remaja dia kenal dengan dadah yang boleh membuatnya lupa. Setiap malam dia akan khayal dalam keenakan dadah dan terus-terus di cabuli tanpa sedikit pun ada belas kasihan. Kesian gadis malang itu. Masyarakat yang tidak tahu sejarah hitamnya terus-terusan menghukum. Zalimnya manusia.
“Ok. Esok pagi-pagi kita pergi buat report. Mesti kena buat medical check up juga.”
“Mar dah sedia kak, biarlah dia tiada kaitan lagi dengan saya. Kesian mak” suaranya perlahan.
Dia bangun dan membawa mug ke dapur. Azura terdiam di sofa. Fikirannya serabut. Hatinya berdoa pada Allah. Lancarkanlah segala urusan kami esok Ya Allah.
Marini duduk diam di dalam bilik. Pegawai polis yang di temui tadi belum masuk. Azura terpaksa tunggu di ruang tamu. Bunyi SMS masuk.
“Hi, thanks for a memorable night. I had so much fun.”
Azura tersenyum. Dia bangun dan berjalan ke luar balai polis, beberapa pegawai beruniform berjalan keluar masuk. Serius. Nombor Imran di dail.
“Assalamualaikum.” Suara Imran di pagi hari berbunyi sungguh seksi. Hampir nak tercabut saluran jantungnya. Dia mengawal emosi supaya tidak tersasul.
“Waalaikumsalam. I kat balai polis ni.”
“Kenapa ???” tanyanya cemas. “You alright ?”
“I ok, something up…ada skit hal ngan Marini.”
“Why ? Dia kena tangkap ke ?”
Azura terpaksa bercerita sedikit sebanyak tentang Marini.
“Poor girl. Dia tu baik.” Akhirnya Imran berkata. Simpatinya mengisi segenap ruang di hatinya.
“Ya, tapi begitulah. I kesal dengan sikap masyarakat.” Dia menguis seketul batu tar dengan hujung sandal.
“Nasib kami Zura. Nasib baiklah ada orang-orang macam you. Kalau tidak, kami akan terus tersisih dan hanyut.”
“I really want to talk longer, tapi Marini panggil I tu. I call later ?”
“Sure. You take care. Sampaikan salam pada Marini. Tell her we are all behind her.”
Azura masuk dan di minta memberi keterangan pula. Seketika kemudian seorang wanita berbaju kurung hijau masuk. Selendang yang di pakai di guna untuk mengesat air mata yang berjurai. Dia turut memberi kenyataan. Marini diam, tapi ternyata dalam hatinya perasaan bebas akan dapat di kecapi tak lama lagi.
Sebentar nanti pencarian Bapak akan di jalankan oleh pegawai polis, dengan pertemuan itu selesailah segala penyeksaan dan penderaan seksual terhadapnya. Dia bebas. Bapak itu pula akan menjalani hukuman. Dia pulalah yang akan merasai segala keperitan dan kesengsaraan. Marini yakin bapak itu akan di tangkap secepat mungkin. Yakin.
Wanita berbaju kurung itu mendapatkan Marini, dia memeluk dan mencium kepala anak itu. Di belainya perlahan. Dia ingin meminta maaf. Dia ingin mengatakan sayangnya pada anak itu. Dia bersalah kerana selama ini hati anaknya menjerit-jerit menyimpan sakit. Dia bersalah kerana tidak pernah mendengar luahan hati itu. Dia bersalah kerana terus menghukum anaknya itu. Keterlibatan anak itu dengan dadah boleh dielak sekiranya dia mendengar rintihan anak itu 15 tahun yang lalu.
Azura diam memandang lantai simen. Hatinya juga terusik. Tangisan itu terlambat 15 tahun. Andai 15 tahun dulu wanita itu mendengar keluhan si anak, pasti tangisan itu tidak ada hari ini. Tanpa di sedari, air matanya juga menitis, membulat di simen yang kasar dan hitam itu.
No comments:
Post a Comment