Wednesday, June 10, 2009

Bab 9

Azura hanya menatap tanah yang masih merah membusut membentuk tapak perkuburan, tapi fikirannya jauh melayang melintasi waktu-waktu mereka bersama sebagai sebuah keluarga.

Zubaidah, ibunya diam di satu sudut. Buku Yassin dan Tahlil yang baru habis di baca di tutupnya dan dimasukkan ke dalam tas kecil baldu berwarna ungu, terdapat bunga sulaman berwarna merah jambu dan kuning. Berita yang di bawa Azura pagi tadi masih lagi menghantui dirinya, sukar untuk dia menerima hakikat itu. Takdir telah ditetapkan buatnya, siapalah dia untuk menyoal ketentuan yang sudah termaktub sejak azali. Jauh di benaknya masih tersimpan perasaan sayang dan cinta terhadap suaminya. Perlahan dia menyeka air mata yang terus-terus membasahi pipinya yang sudah mulai kendur itu. Sudah puas dia menangis sejak menerima berita itu, tapi air mata itu masih berdegil, masih mahu terus membina terusan yang mengalir laju.

Azura menelan liur, tekaknya terasa kembang menahan rasa sedih, bukan dia sedih dengan pemergian bapanya, dia tidak dapat menahan rasa itu pabila melihat wajah sedih dihadapannya, sejak subuh tadi sewaktu dia menjemput Zubaidah di KLIA. Penantian bertahun berakhir dengan penderitaan juga. Kasih terlerai, sayang terbuang, cinta terhapus, dek kerana iman bapanya lemah. Lemah dengan pujuk rayu. Dia sendiri trauma dengan apa yang di lihat. Ibu di seksa dengan derita cinta, batinnya merana, namun begitu sehingga kini cinta ibunya masih utuh. Tapi sayang seribu kali sayang, kasih di beri, tuba di balas.

Mereka berjalan bergandingan tangan keluar dari perkarangan kubur menuju kereta yang di parkir di bawah pohon angsana. Merpati putih berkumpulan di situ, lari berterbangan bila enjin kereta menderu. Zubaidah hanya membisu. Hatinya terluka sangat mengenang perjalanan hidupnya yang sentiasa dirundung duka. Dia masih isteri yang sah. Tidak pernah gugur talak antara mereka. Tapi kenapa dia tidak dapat melihat wajah suaminya buat kali terakhir. Kenapa haknya tidak diendahkan. Dia ralat. Semasa hayat masih ada, suaminya di rampas, kini dia tidak lagi bisa menatap wajah yang di rindui.

“Mak dah la, kita pun dah ok…” si anak cuba memujuk, dia harus kuat menerima takdir ini moga saja ibunya turut mendapat biasan kekuatan itu.
“Ye Zura, mak terkilan je….,” dia terhenti, sambil menjeling ke Azura, dia menyambung selepas membuang hingus di tisu putih yang sudah pun lencun dengan air mata, “…esok pagi hantar mak ke stesen bas.”
“Ala mak ,apa nak buat kat Kulim tu, dok la sehari dua ngan Zura dulu…” matanya mengerling ibu yang tunduk, tertangkap dia akan sebutir lagi tangis jatuh membujur lalu meresap ke kain baju kurungnya.

Dia mengetap bibir, ada sedikit rasa marah tapi tidak tahu pada siapa. Barangkali marah ditujukan pada sesiapa yang membuatkan ibunya jadi begitu.

“Lusa mak kena ajar kat KEMAS. Tak boleh cancel.” Perlahan suara itu keluar dalam gelema yang berkumpul di tekak tua itu.
“Ala, mak…tak kan la mereka tak paham.”
“Tak pe la, dok rumah pun pening kepala je, baik la mak kerja.” Dia memaling keluar tingkap, satu persatu kedai dan bangunan yang berbaris di sisi jalan bertukar-tukar bagaikan kaleidoscope yang berwarna warni.

Azura menggelengkan kepala. Suka hati lah, mungkin dengan cara itu mak akan gembira.
“Tapi mak kena janji ngan Zura, tak boleh sedih-sedih. Kalau ada apa-apa kena cepat-cepat call. Ok ?”
“Ye lah….tak habis-habis nak leterkan mak.” Zubaidah tersenyum namum masih hambar. Jari-jarinya mencubit pipi yang licin itu. “Anak mak ni bila lagi nak berteman ni ?” dia menukar topik biar lebih santai, apa yang terjadi biar saja di bawa angin lalu.
“Ala mak….don’t start this again..” Azura mencebik, mata dikecilkan dan dia menghela nafas bersedia untuk dileteri pula.
“Ye lah, umur pun dah meningkat. Find someone. Please”
“Nak buat apa….kalu kena cam ayah …,” Azura cepat-cepat mengulum lidah tidak sampai hati untuk meneruskan kata-katanya.

Zubaidah memandang keluar, lama juga dia mendiamkan diri, mencari kata-kata untuk diluahkan.
“Zura, jangan jadikan peristiwa semalam menghalang perjalanan hidup kita…tak semua macam tu.” Itu yang paling pantas diucapkan barangkali. Dia juga sendiri agak ragu dengan apa yang dikatakan.
“Ye la mak , tapi….ah malas Zura nak cakap, nanti tak pasal kita gaduh pasal ni. Tentang that someone, biar dulu… I’m happy with the way things are right now.”
“Oh, Liza dan Mar ada datang rumah ?” sengaja dia mengalih topik lagi, tidak guna bertegang urat dengan puteri yang seorang ini. Tampak lembut tapi degilnya Tuhan sahaja yang tahu.
“Ada juga, dia orang tu dah makin pulih. Sekarang ni ada orang baru bawah Zura.” Zubaidah tertangkap satu sinar yang memancar dari bola mata coklat itu. Ada senyum di hujung kata-kata.
“Camna ?”
“Ok la mak, dia baik cuma tersilap langkah je.”
“Ala kamu tu semua orang awak cakap macam tu.”

Azura membelok masuk ke lorong rumahnya, melihat kereta Imran jantungnya bagaikan mahu tercabut. Pertama kerana dia tak sangka Imran menunggunya. Kedua dia terlalu sedih waktu itu dan mahu sendirian. Ketiga dalam kekecohan beberapa hari ini, dia sempat menyelitkan rasa rindu pada lelaki itu. Pelbagai rasa yang bergaul-gaul itu dapat di tangkap cepat oleh Zubaidah. Hatinya tertanya-tanya mengapa tiba-tiba berubah panik tapi dalam waktu yang sama dia dapat melihat rona merah di pipi putih itu.

“Siapa pulak tu, ada orang datang,” Zubaidah bersuara.

Azura diam saja, dia memberhentikan kereta dan turun untuk membuka pagar. Imran yang baru hendak menghidupkan enjin terus mematikan semula tatkala melihat Azura. Dia keluar dan menghampiri Azura yang sedang membuka pagar, tanpa menyedari ada sepasang mata sedang melihatnya.

“Assalamualaikum, I just wanna check on you, I called semalam banyak kali,”
“Waalaikumsalam. I ok, Cuma ada berita sedih.”

Imran membeliakkan matanya. Sewaktu dia memandang ke sisi dia ternampak seorang perempuan di dalam kereta.

“Mak I,”
“Opps, sorry I ganggu ke ?”
“Tak lah, meh masuk. Boleh kenal dengan mak.”

“Mak ini Imran,” ringkas saja dia memperkenalkan kepada Zubaidah selepas mereka melangkah ke ruang tamu.

Imran bersalaman dengan wanita separuh umur yang mempunyai sepasang mata yang cukup tajam namun senyumannya mesra, membuatkan Imran rasa agak senang sedikit. Wajahnya memancarkan kesedihan, tapi ada satu rasa yang dapat di tangkap Imran ketika itu, naluri seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang.

“Apa yang jadi Zura ?” dia tidak dapat menahan rasa ingin tahu pabila melihat ada garis duka terpalit pada wajah manis itu.

Azura terdiam. Dia melihat tepat ke wajah Imran. Air mata yang selama ini dikawal akhirnya tumpah juga. Tidak mampu di tahan-tahan lagi, mungkin sebab hatinya sensitif pada Imran membuatkan dia mahu berbagi kesedihan yang sedang dia rasai.

Imran terkejut, dia panik, lemah kalau berhadapan dengan situasi begitu. Wanita dan airmata, terlalu sulit untuk diredakan, apalagi ditenangkan.

“Ayah, dia baru je meninggal, kelmarin.” Perlahan dia bersuara.

“Innalillah hi wa inna ilai hi rho ji un..I’m so sorry Zura.” Dia bagaikan mahu memeluk wanita itu. Memujuk dan membelai. Biar rasa sedih itu hilang. Dia mahu gantikan kedukaan itu dengan sedikit ceria. Apa saja dia akan lakukan. Tapi sepasang mata yang terus-terus melihat dan sekeping hati yang sangat ingin tahu drama apa sedang bermain di depan mata membuatkan Imran membrek dirinya.

“Duduklah Imran, saya nak naik atas dulu.” Sporting. Dia tahu Azura memerlukan seseorang untuk dia meluahkan kedukaannya itu. Mungkin orang itu adalah Imran.
“Maafkan saya Puan, harap Puan bersabar dan redha akan ketentuanNya.” Kata-kata ikhlas dari anak muda itu membuatkan Zubaidah berhenti dari mendaki tangga ke bilik atas. Sambil mengangguk, dia berlalu dan menaiki anak-anak tangga, memberi sedikit ruang untuk mereka berbicara.

Azura duduk di sofa. Imran di sisinya. Walau tidak terlalu rapat, tapi dia bisa mengelus lembut lengan Azura.

“Kenapa tak call I ?” Azura diam saja.

Melihat wajah itu dia berasa senang. Entah mengapa tiap kali mata redup itu singgah dia merasakan sesuatu yang luar biasa. Sukar diungkap dan diertikan.

“Saya tak mahu ganggu Imran, saya ok saja,” ucapnya mengalih pandangan. Panahan sinar mata Imran membuatkan dia gementar dan gugup. Sinar mata itu menampakkan kedukaan yang turut merasai.
“I tak pernah rasa di ganggu, malah I lah yang selalu ganggu you dengan masalah-masalah I,” perlahan dia mengucapkannya.
“I sedih bukan apa Imran, ayah pergi tanpa sempat I bermesra dengan dia…” matanya di larikan, ada air mata gugur lagi.

Imran bangun dan duduk di sisi, dia menarik rambut yang menutup pipi itu, menyeka air mata yang tidak henti-henti mengalir lesu.
“Redhakanlah semua yang terjadi,” dia menarik wajah yang tertunduk itu, matanya tepat memandang bola mata yang tidak ada sinar seperti selalu.
“Walaupun I was denied, hak I di pinggirkan ?’

Imran mengecilkan mata, mengerutkan kening. Dia tidak mengerti.
“Sorry…” ucapnya perlahan.

Imran tidak berbicara apa, tidak guna bertanya apa-apa dalam situasi sekarang. Dia memilih untuk mengusap lembut ubun-ubun sambil memujuk untuk berhenti menangis. Azura merasa aman, kesedihan yang di tanggung tadi terasa bagaikan tersalur keluar.

Lega rasa hatinya dapat bertemu Azura, walaupun ada berita tidak baik. Kerisaunnya semalam terjawab sudah. Kesian Azura. Dia pernah merasai kehilangan. Sukar juga. Waktu ibu menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi. Malam itu dia melayan nafsunya. Pulang pagi orang sudah ramai. Dia meraung, tidak sempat dia memohon ampun, tidak sempat dia mengucup ibunya. Kain kafan sudah terbalut kemas. Dia terlambat. Terlalu lambat.

“I balik dulu ye, you sure gonna be okay ?”
Azura mengangguk lemah. Berhenti di muka pintu dia menatap lagi wajah sugul itu.
“Malam ni kita sama-sama hadiahkan arwah Yassin ye.”
“Thanks Imran… Thank you very much.”
“ Imran dah nak balik ke ?” sapa Zubaidah dari tengah ruang.
Mereka menoleh serentak.
“Ya..Puan, maaf saya ganggu saja.”
“Marilah duduk dulu, kita minum teh, Makcik ada bawak kuih-kuih dari Kedah.”
“Join us will you ? I masak air …”
“Emm…sure ?” Azura mengangguk laju. Lebih dari pasti.

Mereka duduk di ruang tamu. Di meja terhidang kuih karas, kuih bangkit dan dodol.
“Rasalah Imran, kuih ni makcik buat hari tu.”
“Wah, kuih-kuih ni masa raya je ada Makcik. Ni mesti special apalagi kalau yang buatnya makcik sendiri.” Azura yang di dapur tersengih mendengar bualan Imran. Pandai juga ambil hati orang, dia ni.
“Mak ni cikgu Kemas, tu kuih-kuih yang dia buat kat Kemas la tu,” dia menatang dulang yang berisi teko dan tiga cawan.

“Saya suka kuih ni, cicah teh memang best.”
“Budak-budak sekarang tak mau lagi buat kuih-kuih ni Imran,” dia mengambil sepotong dodol.
“You kena belajar ni, kuih warisan datuk nenek kita.”
“Tak pe, biar mak je lah, I buat the simpler one.”
“Sedap kuih karas ni, lembut je…you better belajar dengan mak.”
“Imran dah lama kenal Azura ?” tiba-tiba Zubaidah menukar topik.
“Lebih kurang 6 bulan…saya kenal kat Pusat tu… saya one of the inmates, she’s my mentor, a good mentor.” Dia memandang tepat ke piring. Dia tersedar di mana patut dia berada. Tidak layak dia bergaul dengan Azura. Dia hanya seoarang penagih dadah yang cuba membersihkan diri.
“Ya, sebaiknya ada pembimbing, Makcik doakan Imran berjaya dalam apa juga usaha Imran tu.”

Dia mengangkat muka, senyum menghiasi wajah itu. Terpancar keikhlasan dalam dia berbicara.

“Terima kasih makcik. Saya sangat menghargainya.”
“Yang penting Imran ikhlas, ikhlas untuk berubah.”

Dia mengalih pandangan ke Azura yang tersenyum lebar, sambil mengangkat kening dan mengenyit mata sekaligus.

Azura termenung di kerusi malas. Aroma Nescafe melayang-layang. Dia mengimbau kenangan waktu kecil, betapa dia manja dengan ayahnya. Tiap kali pulang kerja pasti di bawa keliling taman perumahan dengan skuter kuning. Azura akan berdiri di depan sambil mendepangkan tangannya. Angin akan meniup-niup rambutnya, dan ayah akan berkata, “Cantiknya rambut puteri ayah nan seorang ni.” Air mata tertumpah lagi. Dia rindu akan waktu itu. Sayang kasih hanya sekejap. Angkara seseorang, ayah terpisah dengan ibu.

“Imran tadi tu, baik juga budi bahasanya,” lamunannya di kejutkan. Zubaidah duduk bersila di atas sofa.
“Oh, dia tu memang baik.”
“Abis tu apa macam ?”
“Apa macam apa mak ?”
“Ye lah kalau dah baik, apa lagi ..”
“Apa lagi apa ?”
“Ish budak ni, kalau dah ada yang baik nak tunggu apa lagi.”
“Ala mak ni, biar la dulu, cinta tu tak boleh di paksa-paksa nanti merana” katanya disusuli ketawa kecil. Cushion kecil di baling mengena perutnya. Azura ketawa kuat.
“Mak, kalau Zura suka dengan Imran tu tak pe ke ?” tanyanya manja.
“Apa pulak, kan mak dah kata, kebahagian Azura, adalah kebahgiaan mak juga.”
“Mak tak kisah kalau dia tu bekas penagih ?”
“Setiap orang ada masa hitam, Azura, yang penting keikhlasan cinta dia. Mak dapat rasakan Imran tu sukakan Zura, dan mak nampak dia ikhlas.”
“Betul ke Mak ?????” tanya Azura, suaranya tiba-tiba separuh menjerit.

Azura bangun dan mendapatkan Zubaidah. Dipeluknya tubuh ibu tersayang.
“Yang penting mak nak tengok Zura tersenyum macam sekarang.” Bisiknya.

Azura tersenyum. Kata hatiku begini. Kata hati Imran bagaimana pula. Aku suka, dia pula bagaimana. Biarlah hanya waktu yang bisa memberi jawapan bagi persoalan ku ini. Untuk masa ini biar ku pendam saja, biarpun perit tapi ku pasti cahaya kebahagian bakal menyinsing, bak mentari pagi mengucap selamat pada setiap insan di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment