Wednesday, June 10, 2009

Bab 11

Azura melangkah masuk, En. Aman yang memang sedang menanti segera bangun.
“Ni, faxnya.”
Dia duduk kembali dan menatap isi surat itu. Dahinya di urut-urut. Dia mengangkat muka dan menatap Azura seolah bertanya, kita nak buat apa ni ?
“Ni jelas-jelas ugutan En. Aman.”
“Ya, tapi dia dah lama tinggalkan rumah ni.”
“Dari surat tu, dia nak duit je, problem betul lah. Yang I tak sedap hati dia nak sangkutkan si Mat pulak.” Azura mengetap bibir.

Bulu romanya naik teringkatkan salah seorang warden: Wak Kito, orangnya bengis dan semua penghuni memang takut dengan dia. Wak Kito juga cuba memperdaya penghuni-penghuni dengan menjual ganja secara senyap. Aktivitnya terbongkar pabila Mat memasang jerat yang membawa dia ke tahanan polis.

“The parents ada sini , you tau kan, pasal the transfer ?”
“Ye, saya ada dengar pasal tu.”
“It’s the right time…I tak mau Wak Kito touch him. Actually bukan request mereka, tapi I yang suggest…” En. Aman diam seketika, dia menganalisa wajah di hadapannya. Dia dapat mengesan rasa tidak sependapat yang muncul. “..dan setengah jam lagi Datuk dan Datin akan ke sini mereka nak berbincang tentang ini.”

Mat duduk diam di ruang tamu. Di depannya dua pasang mata memandang , satu dengan pandangan tajam dan satu lagi pandangan yang redup. Masing-masing bungkam, tidak tahu apa yang hendak di perkatakan. Mat benci, dia memeluk tubunya erat-erat. Seakan memberi isyarat jangan menceroboh.

“Mat, Mummy nak ubatkan Mat saja,” Mummynya berbicara lembut memecah ketegangan.

Lelaki separuh usia diam saja dari tadi. Dari mimik mukanya jelas mempamerkan rasa tidak senang dan tidak sabar. Dia mahu perkara ini cepat habis. Dia ada lebih banyak urusan lain yang lebih penting. Mat bangun dan menuju ke pintu. Dia mahu naik ke bilik.

“Mat…” Dia diam.
“Biarkan dia Za, we will discuss this with Azura.” Tegas kata lelaki itu.

Mat keluar, pintu di hempas. Dia menaiki tangga cepat-cepat. Imran yang sedang menuruni tangga pun di langgarnya. Ni mesti ada kes yang tak beres teka Imran. Dia biarkan saja. Dia tau benar sikap memberontak si Mat. Dari atas dia melihat Azura masuk ke bilik tetamu. Serious saja. Ni mesti kes Mat. Di hujung ruang, Liza sedang membaca majalah. Ni mesti tengah jadi spy untuk kes Mat. Betul pun, sebenarnya itu lakonan sahaja, dia sedang melakukan kegiatan intipan. Intip dan lapor ke kawan-kawan. Melihat Imran menghampiri dirinya, dia cepat-cepat memberi sepenuh tumpuan pada bacaannya. Telinga masih mencuri-curi dengar. Walau butirnya kurang jelas dari bilik yang tertutup tapi dia cukup memahami situasi yang sedang berlaku, itu adalah satu kelebihan Liza yang tidak dimiliki orang lain. Dia mempunyai sepasang telinga yang cukup kuat deria dengarnya di sertai gerak hati yang sangat sensitif.

“Dik, pandai nya kau ni, baca terbalik” tegur Imran sepintas lalu.

Merah padam muka Liza. Malu. Bertambah malu bila melihat senyum kambing Imran. Dia hanya mampu menjelirkan lidahnya. Imran ketawa keras. Sambil bersiul dia keluar menuju taman di belakang.

“Ye Datuk, saya akan menasihati dia sekali lagi, saya akan terangkan lagi keadaan di sana”
“Datin tak perlu risau, dia berkeadaan seperti itu kerana sudah selesa di sini.”

Mat kena pergi mana ni. Tanya Liza sendirian di dalam hati. Alamak, tak best la camni. Dia terdengar derap kaki menghala ke pintu, cepat-cepat dia keluar melalui sisi bangunan itu dan meninggalkan tempat itu. Salah besar nanti kalau di dapati menguping. Mahu saja nanti di denda pengetua rumah. Pernah dulu dia di suruh menggosok baju rakan-rakan di situ, apa lagi , baju yang tak perlu di gosok pun di longgok padanya. Akhirnya berdirilah dia dari pagi hingga petang, menangis-nangis di buatnya. Serik juga, tapi tak lama, dia mulai lagi kegiatan itu dengan modus operandi yang lebih lick dan makin profesional.

“Abang…”

Imran menoleh, dia menepuk-nepuk tangannya yang penuh dengan tanah hitam. Debu hitam berderai jatuh ke tanah. Pokok sawi yang di tanamya gemuk-gemuk, hijau dan segar.

“Apa hal ?” tanyanya lalu bangun berdiri di sisi Liza. Peluh di sapu dengan belakang tangan.
“Mat …”
“Apa hal ngan Mat ?” Sambil membongkok dia membetulkan tanah pada lubang yang baru dikambus, dia cuba menyemai pokok cili pula.
“Liza rasa mak ngan ayah dia nak bawak Mat keluar dari sini.” Imran berdiri tegak semula. Peluh di dahi di seka lagi. Mentari petang yang makin condong menghasilkan dua bayang-bayang yang ditumpahkan ke atas rumput di belakang mereka.

Imran sudah tahu hal itu sebenarnya. Malam semalam Mat menceritakan segalanya. Jenuh dia menasihati Mat, tapi tidak jalan. Mat ada agenda sendiri.
“Nak bawak ke mana ?”
“Tu la Liza tak berapa pasti..”
“Alahai, tadi kan main pasang telinga..”
“Ala abang ni.” Imran tersengih.
“Padan la semenjak dua menjak ni si Mat tak berapa nak sembang ngan Liza.”
Imran mengerutkan dahinya lalu berkata, “Dia tu anak orang kaya, maybe parents dia nak berubat di tempat lain.”
“Tapi bang, Mat suka kat sini, dia rasa kita semualah keluarga dia.”
“Abang tau tu, tapi kalau untuk kebaikan dia, abang rasa kita patut beri galakan dan sokongan.”
“Tapi Liza rasa lain pulak, kat sini lah kita boleh baik, sebab kita ada sesama kita.”
“Itu pandangan kita Liza, pandangan mak ayah dia lain pulak.”
“Mat tentu sedih, Liza kena buat something ni. Abang tolong eh ?”
Imran yang sedang membuang rumput-rumput jahat terhenti.

“Tolong apa ? Liza nak buat apa pulak ?”
“Nanti la….ok bye dulu…eh ni antara kita je ye..jangan bagi tau….”
“Yang Liza mengintip tadi ?” sambung Imran sambil tersengih. Liza hanya menjegilkan mata dan membuat isyarat zip mulut.

Suasana rumah tengah malam sunyi sepi. Semua sudah lena di buai mimpi indah. Perlahan-lahan sesusuk tubuh menuruni anak tangga. Hati-hati. Dia nekad, harus. Ini atau itu. Dia tidak punya pilihan lain. Dia memandang kiri kanan. Di hujung ruang yang panjang itu, Mutusamy, pak guard malam itu juga berdengkur. Senang kerja aku. Dia melalui padang di sisi kiri, berlari-lari anak ke pintu pagar sambil sesekali muka di toleh ke belakang. Dia berdiri di bawah sepohon pokok berhampiran dinding batu yang tinggi itu. Pokok di panjat penuh hati-hati, dia memeluk sebuah dahan besar dan mengesut perlahan-lahan. Dia berhenti apabila tiba betul-betul atas tebing dinding batu. Dia membaling beg yang di sandang, kemudian dengan perlahan dia melompat, bedebuk, aduh….

Dari balik jendela Imran ternampak sosok tubuh yang berlari dari pintu utama menuju ke pagar yang bermangga. Dia kenal benar susuk tubuh itu. Dibantu dengan cahaya lampu oren dia pasti benar dengan apa yang dilihatnya. Dia menyarungkan jaket hitam yang tergantung di birai katil. Kerja penulisannya terbelangkai lagi, walhal dia sedang mempunyai ilham yang tidak putus-putus. Dia keluar dan menuju ke bilik Mat. Kosong. Sahih. Alahai , Mat…Mat…

Segera dia meninggalkan bilik itu. Dia mahu mendapatkan Mat. Anak tangga dituruni cepat.

“Allo Imran, mana mau pigi.”

Langkahnya terhenti. Mutusamy. Dia tidak sedar kehadiran jaga itu. Kalau tadi dia tidur berdengkur, tapi sekarang dia baru saja datang dari arah bilik air di belakang.
“Mana mau pigi, sudah sana masuk, jangan bikin saya susah la, mau tulis report,”
“Tapi Mutu…saya..”
“Sudah la, you pun tau bukan, saya sini jaga juga…sudah la…naik atas sebelum saya panggil itu En Aman.”

Imran menghela nafas. Tapi Mat. Takkan nak biar Mat macam tu. Mat tengah sedih, pasti dia boleh bertindak di luar batas pikirannya.

“Dei, apa tunggu lagi, sana naik.” Tegas Mutusamy mengarah. Tak guna bertengkar dengan Mutusamy yang terkenal dengan sifat garang dan tidak beri muka. Tidak seperti Pak Ali atau Wak Karjo yang lebih berhati lembut dan punyai tolak ansur.

Dia naik dan mengintai lagi dari jendela biliknya. Bayang Mat sudah tiada, pasti sudah jauh dia berada. Imran mundar-mandir. Jam 2.50 pagi. Azura, pasti terkejut kalau di telefon waktu begini. Tapi kalau tak di beritau pasti esok jadi kecoh lagi. Imran buntu, apa harus dibuat. Dia nekad, telefon saja. Keputusan Mat tadi boleh mendatangkan seribu bahaya untuk dirinya. Makanya keputusannya di buat berdasarkan itu. Dia terpaksa. Sorry Zura, aku terpaksa mengejutmu dari lena yang indah.

Hon kereta mengejutkan Mutusamy.
“Ayo, yenna da….chit, worang mau tidur tarak boleh,” ngomel dia sambil berjalan menuju ke pagar yang terletak 100 meter dari tempatnya mengawal.

Kereta putih masuk meninggalkan Mutusamy yang sedang menutup pintu pagar. Tiada soal jawab, Azura muka biasa di situ. Tapi yang hairannya jam 3.30, apa mau bikin ini perempuan.

Mutusamy kembali ke tempatnya. Lampu di ruang tamu sudah terpasang. Dua sosok tubuh dalam bilik.

“Mana kita nak cari Mat,” Imran diam saja. Dia juga tidak tau mana mau bermula.
Derap kaki membuatkan mereka berpaling. Liza berdiri di situ. Mukanya sedih.

“Kak. Mat larikan ?”

Mereka bertiga bungkam. Mutusamy diam di mejanya. Malas mau mencampur urusan mereka. Dia pun nampak Liza turun, tapi tidak diendahkan.

“Mesti dia tak jauh, campur-tolak dalam sejam dia larikan diri, mesti ada sekitar sini. Kita cari jom.” Azura dan Liza mengangguk serentak.

Sewaktu mereka bertiga keluar pun Mutusamy tidak bergenjak. Dia diam terpaku. Imran tersengih dalam hati. Aku bukan saja-saja nak keluar la. Dia mengangkat tangan pada Mutusamy yang hanya mengeleng-gelengkan kepalanya, seolah berkata , chit tarak guna.

Mat melalui sebuah belukar kecil, belukar itu sebenarnya merupakan jalan pintas untuk sampai ke jalan utama. Keadaan yang gelap menyebabkan dua tiga kali juga kakinya tersangkut pada akar pohon sena. Pergerakannya agak perlahan, dia hanya berpandukan pada gerak hati sahaja, walaupun sebelum ini dia pernah menggunakan jalan tersebut tapi itu dua tahun yang lalu. Peluh membasahi belakang. Dadanya berdebar. Dia takut kalau sesiapa dapat menemukannya. Dia tidak mahu pergi ke pusat pemulihan yang di saran oleh ibunya. Dia terpaksa meninggalkan kawan-kawannya. Kalau tidak pun pasti dia akan meninggalkan mereka. Kini dia tidak tahu arah tuju. Ke mana kaki membawa di situlah dia. Dia pernah melalui waktu-waktu begitu, jadi dia lebih bersedia untuk menghadapinya sekali lagi.

Liza menggenggam telefon bimbitnya, berkali-kali dia cuba menghubungi tetapi gagal, nyata Mat sudah mematikannya. Dia risau. Mat boleh bertindak bodoh, dia selalu tidak berfikir panjang. Liza tidak mahu Mat terjebak dengan benda-benda atau orang-orang yang boleh merosakkan dia lagi. Kesian Mat. Kalaulah dia sempat berbicara dengan Mat petang tadi, mungkin tindakan yang diambil tidak jadi sampai sebegini.

Kereta bergerak perlahan, 3 pasang mata melilau mencari sesusuk tubuh. Dalam kedinginan subuh, mereka menyusuri jalan-jalan dan lorong-lorong. Tiada. Sepi. Kosong. Wajah Azura terpamer kerisauan. Tiba-tiba Imran memberhentikan kereta. Kedua-dua penumpang tersentak. Apa dia nampak. Liza pusing kiri kanan. Tak ada apa.

“Kita subuh dulu kat situ.”

Jemaah bahagian lelaki ada beberapa orang. Ada seorang imam sedang memberi kuliah subuh. Imran mengangkat takbir , akhirnya dia duduk berzikir, setelah itu berdoa agar di pertemukan dengan Mat. Dia bangun perlahan, bukan tidak mahu mendengar syarahan tapi ada tugasan yang perlu dilaksanakan. Sebaik sahaja dia melangkah kaki keluar pintu masjid itu, hatinya digerakan untuk menoleh ke kumpulan tadi dan dia tidak percaya akan apa dilihatnya. Mat. Ya Allah, begitu hebat peraturanNya.

Azura dan Liza yang sudah kembali ke kereta gelisah menanti Imran. Matahari makin tinggi dan pastinya Mat makin jauh.

“Apa dia buat kak, lama sangat…”
“Hmm..” Azura juga menjadi gusar.
“Kak….kak…..tu …tu tengok tu….” Azura yang sedang membelek kuku mengangkat muka.
“Ya Allah, Mat…..” dia hampir terjerit. Imran tersenyum. Mat memandang tanpa reaksi.
“Syukur Alhamdulillah, Allah gerakkan hati kita solat di sini.” Imran berkata penuh kesyukuran.
“Ss..ss aya…mi…minta …maaaff….”
“Dah lah Mat, mari balik, you got a very long explanation to do.” Azura menjegilkan matanya. Mat tunduk. Kantoi. Liza dan Imran berbalas senyum. Mampus la ko Mat.

Suasana di dalam bilik itu muram. Azura menghela nafas panjang. Mat yang di hujung meja diam bungkam. Ternyata Azura kesal dengan tindakan Mat. Dia bangun dan mundar mandir di sisi bilik itu. Mat tidak tahu berkata apa.

“Kak Zura masih lagi tunggu apa Mat nak cakap,” suaranya tegas, dia bersandar ke tepi tingkap. “Kalau sampai petang pun , sampai petanglah kita duk dalam sini.”

Dia beredar dari tingkap dan duduk pula. Jari-jemari di ketuk ke meja, memainkan bunyi berderap-derap, walau tak seindah petikan piano Imran, bunyi itu tetap menganggu emosi Mat.

“Hm..mmmmm” Mat cuba bersuara.

Tidak pernah dia lihat Azura begitu. Tidak pernah terlintas Azura bisa marah begitu. Tadi sudah hampir satu jam dia mendengar leteran Azura. Kadang intonasinya marah, kadang bunyi seperti memujuk, dan kadang suaranya seperti tidak kuasa lagi dengan karenah dan laku Mat. Dia sebenarnya malu. Ye lah sudah kantoi….rancangan tak menjadi, mau tidak malu.

“Ka..kal.au s.sini tak ..mau ss.aaya la..gi…bb aik sa..saya per..pergi.” akhirnya dia bersuara.

Azura membiarkan dia meluahkan apa yang hendak di katakan. Dia hanya mendengar. Dia mengerti mengapa Mat mengambil tindakan sebegitu, tapi Mat harus sedar keburukan yang bakal terjadi.

“Camna ?” tanya Liza yang dari tadi macam cacing kepanasan.

Dia mundar mandir . Pening kepala Imran melihat dia. Imran hanya menggeleng kepala. Sesekali Liza cuba menguping, tapi kerana bilik audio itu memang kalis bunyi , kecewa jadinya.

“Mesti kena marah tu…nak pulak jap lagi datang mak ngan pak dia.”

Imran yang tadi hanya memandang gelagat gadis tu bangun dari kerusi.
“Sapa bagitau the parents ?”
“Ntah….”
“Allah…mampus la camni, makin cepat la Mat kena transfer. Alahai. Kak Zura tau tak ?”

Liza mengeleng kepala. Dia pun tidak pasti samada ianay khabar angin atau betul tapi itulah yang dia dengar pagi tadi semasa sedang menjemur baju.

Bunyi tapak kaki berderap di terazo yang licin itu membuatkan mereka berpaling ke arah pintu utama. Susunan kaki teratur mencerminkan keperibadian seseorang. Seorang wanita berseluar hitam, berblaus putih dan berselendang merah jambu terletak di bahu semakin hampir. Wajahnya cantik. Matanya biru, walau bukan asli tapi kena dengan kulitnya yang putih melepak. Bau haruman Lavendar menusuk hidung. Liza memerhati, terlopong melihat wanita yang itu. Imran juga terkesima. Cantik, itu saja yang terlintas di benaknya.

“Excuse me, is Miss Azura in. I would like to see her please.” Soalan di ajukan pada Liza. Pelatnya berbunyi seperti orang putih dari England.
“Err…err… wait aa..” Dia menarik lengan baju Imran. “Dia tu nak jumpa Kak Zura. Dia cakap English, Liza tak tau nak cakap apa,” bisik Liza. Wanita tadi masih menunggu dengan senyuman di bibir.
“Cik Azura ada hal skit, cik duduk dulu, atau cik nak berjumpa dengan Encik Aman.”
“Oh, it’s ok. I’ll wait for her”

Minah salleh ke melayu yang berangan nak jadi minah saleh ni, Imran tersenyum, tak kisahlah. Imran berlalu menuju ke bilik audio. Pintu di ketuk perlahan, 3 kali ketuk, dia menjongolkan kepalanya di balik pintu itu. Azura mengalih pandangan lalu memberi isyarat masuk pada Imran. Bisik. Azura bangun. Imran pula yang mengganti. Dia duduk di sebelah Mat. Mat terpinga-pinga jadinya, tapi dia rasa lega sedikit melihat Imran.

“Apa hal Mat, Abang tau apa ada dalam hati Mat, tapi jangan la buat benda tergopoh dan tak pikir panjang. Sekarang apa jadi. Mat juga susah nanti”

Mat diam. Dia memerhati ke luar tingkap. Matanya berkaca. Tadi ketika bersama Azura dia tidak berasa sedih begitu. Tapi di kala Imran menegurnya, hatinya tersentuh. Imran baginya bagaikan seorang abang yang tidak pernah dia ada. Dia menyenangi dan menyayangi Imran, sebagaimana seoarang adik mencintai abangnya. Imran mempunyai sifat yang dia senangi. Banyak kali sebelum ini dia bercerita tentang dirinya pada Imran, banyak perkara di ketahui Imran. Malah tentang arahan bapanya untuk memindahkan dia ke pusat lain di ketahui Imran sebelum orang lain.

“Mat, sometimes, life is just about options. We opted something wrong, along the way, tapi takan sampai bila-bila. Semakin kita dewasa, semakin kita boleh berfikir. Lari bukan satu jawapan.” Mat mengangguk. Dia buat silap. Memang dia salah, dia tak pikir panjang.
“Ok sekarang abang bukan nak judge Mat, tapi Mat kena hati-hati lepas ni, sebab satu tindakan Mat akan mejurus pada satu keputusan yang tidak akan menyebelahi Mat.”

“When ?”
“Datuk wants him out from this place as soon as possible.” Perempuan itu merenung ke wajah Azura.
“Let me talk to Datuk, he just got the wrong perception about this.” Dia masih menggunakan hemahnya ketika bertutur, kalau ikut hati mahu di hambur saja perempuan berlagak yang di depannya itu.
“No use, Datuk is not talking to any counterpart from this home. Datuk’s not happy and he lost confident with this institution, it’s better for you to stop making fuss about all this.”

Kata-kata itu menguris ego Azura, menguris kredibiliti pusat itu dan paling penting ianya bisa menguris hati dan perasan penghuninya yang lain, yang menaruh kepercayaan mereka. Ini satu penghinaan yang besar. Marah Azura mendengar kata-kata perempuan egois itu.

Azura dan Imran meninggalkan Mat dengan wanita bernama Diana itu. Imran merenung Azura, seakan dia dapat menyelam kegusaran di hati itu. Azura memang kasihkan semua mereka di situ. Setiap masalah mereka adalah masalah dia juga. Perlahan di genggamnya jemari itu, dan dalam keadaan itu, Azura terasa seperti dia pula yang perlu perlindungan. Dia pula yang perlukan kata-kata semangat. Panahan mata Imran menepati terus ke dalam matanya, menyusuri segenap ruang di sanubarinya yang rapuh ketika itu.

“Kalau Zura kalah ni Imran, berarti Zura tak buat apa-apa untuk Mat.”
“Syy….jangan salahkan diri you Zura,” katanya memujuk.
“I sayangkan Mat , dia macam adik I, infact semua kat sini I sayang. Tak mungkin I sanggup lihat dia pergi sedangkan I tahu dia tak mau pergi. Tapi dia terpaksa pergi, kena pergi, untuk kebaikan dia juga.”

Ruang makan sepi. Belum waktu makan tengahari. Bau kari yang sedang di tumis di bahagian dapur berterbangan menusuk hidung mereka, berkeroncong perut dibuatnya sementelah Azura hanya sempat meneguk secawan kopi saja pagi tadi. Imran bersandar di kerusi. Dalam kesempatan itu dia mengerling ke arah Azura yang diam membisu. Tak semena jantungnya berdebar kencang. Manis wanita di depan membuat dia tidak keruan. Naluri kelakiannya mengetuk dinding. Dia mengela nafas.
Azura memandang tepat muka Imran, sebelum bertanya, “..kenapa ?”.
Hanya gelengan kepala saja yang menyambut pertanyaan itu. Andainya dapat di luahkan apa yang di tanggung, terburailah segala kepedihan yang tidak tahu sampai bila bisa di pikul.

“Azura, apa cerita ni, kenapa I tak di beritahu.”
Suara En. Aman mengejutkan lamunan mereka berdua. Imran bangun , dan tanpa di suruh, dia terus meninggalkan mereka. Tak perlu dia berada di situ. Dia pun hanyalah penghuni di situ. Tidak perlu dia campur tangan dalam perbincangan itu.

“Mat lari pun I tak tahu,” suara En Aman sedikit keras. Dia duduk di hadapan Azura, mengambil tempat Imran tadi.
Azura menghela nafas.
“Bukan saya tak mahu beri tahu En. Aman, mulanya benda under control.”
“Now sudah jadi haru camni.” Ucap En. Aman sedikit kesal. Dan dia juga rasa bersalah menjerkah Azura tadi, setelah melihat keadaan Azura. Dia tahu bagaimana tingginya keprihatinan wanita itu pada penghuni-penghuni di sini. Dia sedar akan besarnya pengorbanan Azura yang tidak pernah berkira, dia bersedia bila-bila, 24 jam dalam mod standby. Jika perlu, dia senang di hubungi, sekejap lagi datanglah dia memujuk mereka yang memerlukan perhatian.
“Benda ni jadi besar bila Datuk buat keputusan seperti tu En. Aman.”
“Ye sebab si Mat tu cuba nak lari. Tapi nasib baik la pula Imran tu cepat sedar.”

“I called Datuk tadi, dia nak Mat out by esok pagi. Orang dia akan datang, in fact Cik Diana tu pun dah jumpa I. I dah sign the release letter, some more it’s good for him. Wak Kito semakin hampir, dia mesti pergi….”

Azura senyap. Tanpa dia sedari air mati bening jatuh mengalir perlahan di pipi gebu itu, bukan sengaja tetapi dia tidak mampu menahannya lagi. Melihat tangisan, En. Aman tersentak. Haru.
“Azura, whatever decision made by any of the inmates atau penjaga mereka, kita tak boleh buat apa. It’s their decision, jangan salahkan diri you. I know it is difficult but this is the fact. They come and go. We are here to provide them with love and care.” Terhingut-hingut bahu Azura. En Aman menghela nafas. Serba salah jadinya. Dia bangun dan menepuk bahu Azura, tanpa berkata apa dia terus berlalu.
“Tapi ini bukan their decision, you made up all this.” Langkahnya terhenti, dia kembali mendapatkan Azura.
“I buat ni semua untuk keselamatan, nothing more..”
“Ada cara lain En. Aman, you takut …. your image is more important right ???”
“Azura…ni tak de kena mengena dengan I. Wak Kito is dangerous. I tak mau Mat di apa-apakan. I know how you care for all of them here, tapi Azura kadang-kadang kita perlu buat keputusan yang menyimpang dari apa yang kita mahukan. I’m sorry.” Dia berlalu. Azura hanya menelan apa yang di ucapkan sebentar tadi, separuh setuju separuh lagi tidak.

No comments:

Post a Comment