Wednesday, June 10, 2009

Bab 6

Azura mengalihkan kerusi yang pada mulanya diletakkan di tepi tingkap. Tak kena. Datin Anna akan datang sebentar lagi. Sudah semakin siap kerjanya. Nampak cantik. Seluruh rumah begitu mewah. Hiasannya cukup menawan. Kalau ada duit semua boleh jadi. Dia membuat pemeriksaan akhir di setiap ruang rumah rumah tiga tingkat itu. Pekerja-pekerja yang ada 5 orang itu sedang mengemas alat-alat mereka. Selesai. Sudah lebih dua bulan mereka di situ. Akhirnya siap juga. Panas juga telinga menahan rungutan Datin Anna yang setiap kali datang pasti ada saja idea baru.

“I just love it. Thanks Zura.” Datin Anna membetulkan scarf yang terikat di lehernya.

Dia memang cantik, manakan tidak bekas ratu. Tubuhnya saja masih mengiurkan siapa saja yang memandang.

“Glad that you like it.”
“Ye, sentuhan you memang klas la. I sure will recommend to my friends.” Azura gembira. Rezeki…rezeki.. itu lah berkat kesabarannya.
“Ok this is the final payment. I tak mau hold lagi. I dah puas hati sangat.” Dia menghulurkan sekeping cek. Di sambutnya dengan rasa syukur.
Walaupun Datin Anna ini pelanggan yang paling cerewet tapi bila tiba bab bayaran dia memang bagus. RM18850.00. Alhamdulillah. Boleh bayar gaji dan hutang-hutang pada pembekal.

Mereka berjalan keluar, taman yang indah, kolam renang yang membiru dengan air dingin sungguh menyegarkan. Bunga-bungaan di satu bahagian taman itu sedang mekar cantik.
“Azura, I just love the landscaping yang you design ni. Very English like.”
“Actually my area is more on the interior Datin, tapi you dah suruh, I cuba la,”
“Well tak kisah lah, lepas ni you boleh diversify…buat luar pula,” wanita itu berjalan perlahan di sekitar pokok-pokok hijau yang tumbuh serumpun.
Azura hanya tersenyum. “Ok Datin, I nak balik. Enjoy everything ok .”
“Ok Azura, thank you for all the nice touch. Nanti I nak buat house warming I jemput you.”
“Ok, thanks a bunch Datin.”

Sebaik saja dia keluar dari selekoh rumah rumah itu, dia mendail nombor Imran.

“You cepat siap, 30 minit lagi Zura sampai. Tunggu kat pagar ok. Zura malas nak masuk.”
Hmm nak bawak ke mana pula. Imran tertanya-tanya sendirian sambil merapi diri. Dia mengenakan sepasang jeans hitam. Baju Dockers berlengan pendek warna kelabu cair di sarungkan ke badannya yang semakin berisi. Rambutnya yang baru dipotong di sisir rapi. Sekarang ini dia sudah berjanggut sejemput di dagu dan berkumis. Wajahnya yang cerah nampak kemerah-merahan. Dia rasa semakin sihat. Akhir sekali dia menyemburkan pewangi Polo. Segar. Tepat 30 minit Azura sampai.

“Kita nak ke mana ni ?” Azura hanya tersenyum.

Malam minggu jalan agak sibuk, kereta bertali arus keluar dan masuk lebuhraya. Tapi itu tidak penting , yang penting dia mahu bersama Imran. Dia sendiri tidak mengerti keresahan yang mula menjengah di hatinya, ada terpalit rasa rindu buat lelaki itu. Sudah dua minggu diskusi kumpulan mereka terpaksa ditunda disebabkan program-program yang telah di atur oleh pihat pentadbiran, makanya hanya telefon penghubung antara mereka.

“You nak culik I ke ?” seloroh Imran. Dia tidak sabar menanti jawapan.

Azura ketawa kuat sambil mengerling lelaki di sebelahnya yang seperti tidak tenteram.

“Alahai, tak laku la !!” Imran tersengih mendengar jawapan lucu itu.
“Surprise ni, mana boleh bagi tahu,” sambungnya masih tersenyum membuatkan detak jantung Imran tidak keruan.

Perjalanan malam itu mengambil masa hampir satu jam setengah. Imran bertambah binggung memikirkan destinasi hendak dituju. Pokok kelapa sawit yang mereka tempuhi berlari-lari di tinggalkan. Sebentar kemudian kereta itu melintasi sebuah pekan kecil. Jalan semakin mendatar. Di kiri jalan pohon-pohon kelapa melintuk liuk di tiup angin.

Ombak laut yang menghempas sayup-sayup terdengar sebaik saja mereka keluar dari kereta. Imran menarik nafasnya dalam-dalam. Bau masin air laut menyumbat hidungnya, segar terasa. Betul kata orang alam ini penuh dengan terapi. Kita saja yang harus bijak menggunakannya. Allah menyediakan semuanya untuk makhlukNya, tapi ramai yang tidak mengetahui rahasia alam. Dan lebih sedih mereka merosakkan dengan tangan mereka sendiri.

“Kita nak pergi situ.”

Sebuah restoran seakan terapung-apung di atas laut yang gelap pekat. Bayang-bayang dari lampu-lampu neon bergetar-getar di pukul ombak kecil.

“Seafood kat sini sedap.”
“La ingat nak buat apa tadi. Punya la suspense.” Mereka berjalan perlahan-lahan menikmati irama yang dimainkan ombak taktala menghempas pantai.

Suasana restoran itu sangat santai, lampu di pasang suram-suram. Alunan muzik sentimental yang dimainkan sekumpulan pemuzik di selang seli deru ombak bersatu dengan cantik dan indah sekali, terselit unsur-unsur romantik dan alami. Sungguh menggetarkan jiwa.

Mereka memilih untuk duduk di bahagian luar yang lebih sunyi, di atas sebuah pelantar dengan tiang yang menjunam ke dalam lautan. Azura tampak lebih cantik malam itu, wajahnya di rias sederhana. Blous putih bersulam dengan skirt hitam amat menawan. Untuk sekian kalinya Imran terpukau lagi.

“You look beautiful tonight,” bisiknya. Desiran angin dan pukulan ombak ditambah bunyi muzik yang makin rancak membuatkan Azura tidak dapat mendengar apa yang di katakan.
“Apa ?” dia merapatkan sedikit telinganya pada wajah Imran yang terus mengulangkan kata-kata tadi.
“Terima kasih.” Rona merah terpancar diwajahnya, malu atau kembang dek pujian.
“What”s the special occasion ? Tiba-tiba je” Imran melepaskan pandangan ke laut yang hitam, hanya angin malam memuput lembut mengerakkan rambutnya yang disikat rapi.
Azura tersenyum sebelum menyambung, “Happy Birthday !!”

Imran tergelak kecil. Ada juga yang mengingati hari jadinya. Sudah lama dia tidak menyambut hari jadi. Selalu hari jadi berlalu sendiri tanpa dia sedari.

“Ya Allah, thanks Zura. This is so special.”
“Sama-sama, ini ada small gift dari I.” Dia menghulurkan sebuah kotak kecil di balut pembalut hadiah berwarna biru muda. Di sisi kiri sebuah riben kecil berwarna perak membuatkannya tampak eksklusif.

Seingat dia, hadiah harijadinya hanyalah bekalan dadah atau ganja yang disogok teman-teman, dan hari jadinya habis begitu saja. Esoknya dia bangun dengan keadaan yang sangat teruk, kepala berdenyut dan dia pun jatuh tertidur lagi.

“Ish, ada present pulak…alahai, buat susah je you ni. Dah tua-tua pun ada ye birthday present segala,” sambut Imran malu-malu tapi teruja.
“Buka la, hope you like it,” Azura meletakkan kedua tangan di atas meja dan merapatkan tubuhnya. Kedinginan malam itu agak terasa, tambahan pula baju yang di pakai dari jenis sutera dan agak tipis, cepat-cepat dia membetulkan selendang Pashmina yang terjuntai kembali membaluti tubuhnya .
Perlahan-lahan Imran membuka balutan hadiah itu. Terlalu cermat, hinggakan Azura rasa seperti mahu dikoyakkan saja. Imran tersenyum melihat seutas jam tangan.

“Thank you so much.” Dia membelek seutas jam berwarna perak yang berjenama.
“Ok tak ?” Imran mengangguk dan terus mencubanya. “Pemberian ni ada simboliknya.” Sambung Azura lagi.
“Simbolik ?” Imran mengerutkan keningnya hingga bertemu.
“Ya, setiap detik yang berlalu merupakan satu peristiwa, setiap detik yang bakal terjadi samada indah atau duka mewarnai hidup ni, tapi yang pasti setiap detik itu akan menjadi kenangan buat kita selamanya.”
“Betul, dan setiap detik akan mengingatkan I pada pemberinya.” Jawapan ringkas yang membuat jantung Azura berdetak. Imran tersenyum puas.
“Boleh tak I pakai ? I nak detik ini terakam terus di sini..” katanya sambil menunding jari ke arah kepalanya, dan terus menyambung “.. moga detik-detik seterusnya akan menjanjikan sesuatu yang indah-indah.” Dia merenung sepasang mata yang mengeluarkan sinaran yang berkilau, hatinya terus merasa sejuk dan aman. Ya moga saja detik waktu akan datang menjanjikan sesuatu antara mereka.

Hidangan yang di pesan di bawa ke meja, mereka menikmati makan malam dalam keadaan yang cukup mesra. Terasa kedekatan yang mula lahir di antara mereka. Imran merasakan hari itu hari yang cukup indah buatnya, begitu juga dengan Azura. Setiap saat berlalu tanpa rasa bosan. Cukup tenang. Cukup memukau. Cukup mengetarkan sukma.

Setelah selesai makan, mereka berjalan di gigi air. Biar cepat makanan di cerna. Bayu malam memuput lembut. Desiran ombak mendamaikan. Bintang bertaburan di atas langit yang terbentang luas. Bulan sabit terlindung di balik awan. Sungguh mengasyikkan, bak kata sang penjungga suasana sepi, hati ini terkenang saat indah terpahat utuh di sanubari. Pujangga mana tidak lah di ketahui. Pujangga lara yang kesepian mungkin.

“Kenyangnya I.” Azura ketawa mendengar keluhan kecil Imran. Tanpa bicara mereka menyusur pantai. Perlahan Imran mendapatkan jari-jemari Azura. Mulanya dia ragu-ragu tapi memandangkan tiada bantahan, jadi dia menaksir Azura tidak kisah.

Genggamannya semakin kejap. Mereka berjalan bergandingan tangan, menyusur pantai yang sepi itu berduaan.

“I sangat percaya kalau bunyi sang ombak ni amat mendamaikan. Suasana di pantai adalah satu suasana yang sangat menyentuh sukma.” Imran memula bicara, dia menjatuhkan renungannya pada Azura yang mengangguk setuju.

“You pernah jatuh hati pada seseorang Azura ?” tanyanya tiba-tiba.

Azura menggeleng. Itu yang jujur. Dia tidak mahu membenarkan hatinya terjebak dengan cinta. Dia sudah pernah melihat bagaimana cinta membawa derita dan kesengsaraan. Cinta yang tidak seperti di gambarkan dalam cerita-cerita dongeng yang sering di bacanya.

“Yang benar ???” Mustahil.
“Kenapa ? Tak percaya ?” Imran tersenyum. Dia menggelengkan kepala.

Azura menghirup udara segar dalam-dalam. Bau air laut masin menyinggah. Bayu yang dingin memuput lembut. Dia melepaskan genggaman tangan Imran lalu berpeluk tubuh.

“Usia you berapa ?”
“28.” Jawabnya ringkas.

Dia berhenti dan merenung ke tengah lautan, sang bulan yang tadi terlindung kini bersendirian, bayangannya bergoyang-goyang di pukul ombak.

“Still very young, lagi pun umur tu angka saja. Yang penting hati. Takan tak pernah in love ?”
“Ntah lah, I jenis susah nak jatuh cinta.”
“Susah atau tak mahu ?”

Tidak menjawab pertanyaan sebaliknya dia mulakan langkah yang terhenti tadi, skirt labuhnya basah tersimbah percikan air.

“You percaya dengan cinta ?”
“Apa wujud cinta yang suci dan ikhlas ? ” Giliran dia pula bertanya.
“Cinta macam Laila dan Majnun, cinta macam Romeo dan Juliet ? Tu semua cinta dogeng ciptaan manusia.”
“Ertinya dalam hidupan sebenar tak de la ye ?” dia mengerling tajam.
“Bukan tak ada, cuma cinta suci dan ikhlas sukar di cari, tambah dalam zaman sekarang, cinta di buat mainan. You tau tak, camna nak rasa cinta yang you cari tu ?”
“Camna ?”
“Pandang mata I, lihat terus dalam bola mata I.” Imran memegang kedua-dua lengan Azura, dia memaksa Azura melihat terus.
“You nampak apa ?” tanyanya tanpa berkedip, mata mereka bersatu.
“Nampak mata you lah.” Dia ketawa kecil.
“Cuba renung dalam-dalam lagi.”

Dia nampak dirinya dalam mata itu. Dirinya yang menyimpan rasa cinta, yang takut untuk meluahkan hanya kerana pengalaman lalu. Walau bukan pengalaman dia sendiri, dia tetap phobia, dia menutup sekejap-kejap hatinya dari menerima atau menagih cinta. Dia juga menangkap satu sinar yang terbit dari mata Imran, sinar harapan. Azura menjatuhkan wajahnya melihat ke pasir halus. Perasaannya tiba-tiba menjadi tidak keruan.

“Azura…” dia berhenti di situ. Imran mengundur dua tiga langkah kebelakang. Dia juga menjadi tidak keruan.

“Imran harap satu hari Zura akan bertemu dengan seorang yang ikhlas menyintai. ” Di biarkan air laut menyentuh kakinya.
“Erm, actually ada this one guy…” dia cuba mengatakan sesuatu tapi cepat-cepat lidah di kulum, dia memuncungkan bibir, tidak pasti samada wajar untuk meneruskan kata-kata.

Baik dipendam saja apa yang terselit di hati. Sulitnya. Waktu memberi motivasi pada mereka dia pandai menyusun kata. Tapi malam ini , kata-katanya semua hilang. Dia hilang dalam renungan Imran. Dia lemas. Imran menghentikan bicara, terasa seakan-akan terlalu mendesak. Sedangkan itu hak peribadi yang tak patut ditabrak.


“Jom, I drive us back. Nanti lewat pula kita.” Imran mengambil kunci dari Azura. Imran tidak mahu malam yang indah itu di akhirkan dengan rasa tidak senang antara mereka.

Biarlah dahulu, masa masih ada. Perjalanan pulang lebih sunyi dari tadi. Masing-masing tenggelam dalam khayalan sendiri. Azura terasa mengantuk, sedaya upaya dia melawan rasa tapi entah waktu bila dia tertidur juga.

Sewaktu separuh terjaga dia rasakan Imran begitu hampir denganya, dapat dia rasa hembusan nafas dari hidung mancung itu. Manakan tidak kepalanya betul-betul terletak di dada Imran.

“Kita dah sampai.” Bisiknya perlahan sambil menarik rambut Azura yang menutupi mukanya. Patutlah mimpinya indah saja tadi. Bila dia betul-betul sedar, jantungnya tersentap pabila melihat mata Imran merenung tepat, segera dia menjauh dari Imran, mukanya terasa tebal dan merah…malu !

“You terlentuk-lentuk tadi, I tarik ke bahu. Biar lena sikit tidurnya.” Azura membetulkan rambutnya sambil tersenyum malu.
“You sure boleh drive balik rumah ?”
“A ah, boleh kot, I dah tidur lena sangat tadi.”
“Ok, sms I bila dah sampai nanti.”
“I will.”
“Satu lagi…”
“Apa dia ?” Azura membulatkan mata menanti apa yang hendak di sampaikan Imran.
“Kalau dah jumpa yang berkenan di hati, jangan di simpan saja. Luahkan!” dia mengenyit mata sebelum membuka pintu kereta itu. Azura membulatkan matanya dan mereka ketawa bersama-sama.

No comments:

Post a Comment