Friday, December 4, 2009

Bab 13

Imran duduk di kerusi menanti angka gilirannya. Dua minggu yang lalu dia datang ke situ membuat pemeriksaan kesihatan. Masalah sakit kepalanya makin menjadi. Setiap hari semakin berdenyut. Mula-mula dia rasakan perkara kecil saja tapi ini kalau sudah semakin kerap dia rasa terganggu juga. Hari ini keputusan ujian yang dia jalani akan di ketahui nanti. Lambat lagi, masih ada sepuluh pesakit di depannya. Ramai pula hari ni. Dia berusaha untuk keluar awal, selepas subuh tadi dia terpaksa membasuh terrace depan, memang sudah giliran dia. Novel di selak. Bosan, novel di tutup dan di masukkan ke dalam beg galasnya.

Dia membaca sms-sms yang di hantar oleh Azura. Senyum. Kakinya di hinggut sebelah. Makcik di sebelah menjeling tajam. Dia tersenyum dan menghentikan hinggutan. Sorry makcik. Saya tengah bosan ni ungkapnya dalam hati cuma. Dia memejamkan mata, ntah bila masa, dia tertidur.

“Encik Imran Zaki,” laung misi. “Imran Zaki,” sekali lagi, lebih kuat.

“Saya ..saya..” Dia bangun, matanya di gosok-gosok. Nombor giliran tertera di papan LCD.

“Dah lama misi tu panggil kamu,” ucap makcik tadi.

Imran hanya mampu tersengih dan kalut menuju bilik doctor.

“Sorry cik, tertidur pulak.” Misi tadi buat muka selamba. Tiada perasaan langsung.

“Oh Imran, mari duduk.”

“Good morning Doc.”

“Morning, so how are you feeling ?”

“Not so bad, tapi makin kerap pula.”

“Hmm” doktor melihat ke kertas yang bertulis macam-macam. Keputusan sudah tertera di situ. Imran menanti penuh sabar. Apa-apa pun dia kena terima.

“Masalah Imran ni baru saja, tapi kalau tak cepat rawat ianya boleh menjadi lebih serius.”

Imran membetulkan duduknya.

“Sekarang you dalam proses pemulihan dari dadah bukan ?”

“Ye doc.”

“So camana ?”

“Bagus, saya lebih positif, dan saya rasa saya dapat kawal diri saya,”

“Tu bagus, tapi kesan dari penggunaan dadah yang berlebihan dan lama, menyebabkan sel-sel otak agak lemah.” Doktor itu bangun dan meletakkan filem x-ray di skrin. “Ni hasil ujian MRI on your brain. Nampak jagged line ni, this is abnormal dan agak serious.”

Imran menelan liurnya. Begini teruk ?

“Lining ni semakin menipis, mungkin disebabkan itu terhasil rasa mencucuk-cucuk di kepala. Satu lagi kesan yang akan timbul, mungkin….perlahan-lahan ingatan awak akan hilang, dan kalau tidak bernasib baik boleh menyebabkan total memory loss.”

“Total loss ??”

“Jangan risau, although takde clinical evidence pasal ni, but there are reports I stumbled upon. So, saya akan prescribe some medication to help strengthen your brain muscle. Insya Allah dalam masa kurang dari enam bulan you akan sihat semula dan the scrutinizing pain akan sedikit demi sedikit pulih.” Doktor memberikan jaminan yang sangat melegakan hatinya.

Imran menghirup teh tarik di café hospital itu. Ubat yang di dalam bungkusan putih di renungnya. Rasa sesal tidak lagi berguna, namun dia masih bersyukur kerana ujian yang diberi tidaklah seteruk jika di jangkiti virus HIV.

Apa-apa pun dia memohon Allah memberinya kekuatan mengharungi satu lagi dugaanNya. Walau tidaklah sebesar mana ujian itu tapi tetap dia takut menghadapi hari-hari esok yang tidak tahu apa terbentang buatnya. Dugaan datang menandakan Allah sayang akan hambaNya. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

Bulan mengambang penuh, bayangannya terpancar di permukaan tasik. Suasana sepi di sekeliling. Imran duduk di tepi tasik, kakinya yang bogel tidak berselipar, di biarkan di sapa embun pagi. Dia termenung memandang ke tengah tasik. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Tadi dia berjaya menerobos dirinya untuk ke tasik itu. Tiada seorang pun yang tahu. Dia perlukan ketenangan itu.

Bukan hendak berbuat apa, cuma mahu menyendiri. Sudah sering kali dia ke tasik itu, dia mahu merakamkan waktu indah malam-malam begitu. Mungkin esok, mungkin juga lusa dia akan hilang kenangan itu. Memikirkan hari itu dia berasa ngeri. Dihela nafas dalam-dalam. Walaupun doktor memberi jaminan yang dia akan sembuh tapi dia tetap berasa resah. Bertambah rasa ngeri pabila dia merasakan satu hari dia akan kehilangan Azura. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Kalau lah hari itu tiba di mana aku tidak lagi mengingati siapa Azura, aku mohon pada mu Ya Allah, biarlah aku tetap merasa cintanya. Air mata turun perlahan di pipi itu.

Dia bangun dari duduknya dan berjalan mengelilingi tasik itu. Kedamaian makin terasa. Dadah yang dulu sering di carinya tidak lagi diingini. Dia semakin yakin kalau dia tidak lagi memerlukan suntikan bodoh itu lagi. Dia menyepak sebiji batu kerikil, tergolek ia dan terjatuh “plop” ke dalam tasik yang diam bertasbih pada Pencipta semesta alam. Imran tersenyum sendirian. Indahnya malam ini, kepalanya di langutkan ke langit yang gelap. Bintang bertaburan, dan ada sebutir bintang besar yang berkelip. Azura, kau laksana bintang itu. Cantik. Perlahan dia bersiul mengalunkan irama lagu Engkau Laksana Bulan. Hatinya terasa damai.

Marini melihat wajah Imran tanpa berkedip. Dia masih menanti jawapan. Imran masih berfikir-fikir. Liza menongkat dagu. Ish lamanya.

“Tak boleh…tak boleh ..” geleng Imran.

“Ala bang…boleh laaaaaaaa…” pujuk Marini

“Tak boleh…tak bole……”

Liza memeluk tubuh. Terpamer kehampaan pada wajah bulat itu.

“Satu kali je …. Bukan lama pun. Paling 5 minit.”

“Ntahnye….5 minit je..apa plak tak bolehnya.”

Imran tersengih. Gila. Memang kerja gila.

“Korang ingat aku ni apa…”

“Ala bang…..pleaseeeeeeeeeeeee” rayu Marini lagi.

“Bila kak Zura masuk je abang mula…boleh la.” tambah Liza. Imran tersengih.

“Ala satu lagu je bukan susah pun….”

“Aghhhhhhh….” Imran bangun. Dia berjalan setapak dua. Tersenyum dia sendirian.

“Bang !!!!”

“Ala leceh la lu brader.” Celah Liza.

Imran memalingkan badan, senyum masih terlekat di bibirnya.

“Tapi bukan lagu tu….Abang sendiri akan pilih lagu untuk Cik Azura.”

“Alrite,” serentak mereka bersorak kecil.

Handphone bergegar tanda ada SMS masuk. Azura yang sedang ralit membuat sketch menyeluk beg rotannya.

“KAK !!! Liza ada masalah besar…dia nak buat benda bodoh…tolong kak datang sini sekarang….”

Apa hal pulak budak ni. Dia menekan nombor Marini. Tidak di jawab. Di cuba lagi, tidak juga di angkat. Hish budak-budak ni. Tanpa berlengah dia mengambil kunci kereta, tidak dihiraukan walau waktu itu sudah jam 11.45 malam. Dia memecut kereta membelah malam yang belum sunyi lagi. Warga kota masih lagi berpesta. Masih lagi bertaburan di kelab-kelab. Masih lagi mengisi lorong-lorong gelap.

12.05. Dia masuk ke perkarangan rumah putih itu. Sunyi. Handphonenya bergegar lagi.

“Saya dan dia ada di bilik Audio. Cepat kak…”

Azura berlari anak. Di bukanya pintu, gelap pekat. Dadanya berdegup kencang, janganlah mereka buat perkara yang bukan-bukan sempat dia berdoa di dalam hati.

“Liza…Marini….”

Senyap. Tiba-tiba lampu kecil terpasang. Imran di piano, tanpa berpaling dia memainkan sebuah lagu. Lagu baru ciptaan dia sendiri, khas untuk permata hatinya.

Terbeliak matanya dengan mulut terbuka sedikit. Terkejut yang belum habis lagi. Dia terpesona dengan irama lagu itu, hati berbekas dengan lirik romantis penuh syahdu. Tanpa dia sedar air matanya mengalir, terharu dengan kejutan yang sungguh tidak dia duga. Dia tenggelam dalam khayalan. Tenggelam dalam emosi yang bergegaran. Imran memandang penuh sayang dan jarinya terus mengalun irama, bibirnya terus melontarkan rahsia hati.

Imran aku mencintaimu sepenuh jiwaku. Kata-kata itu berlegar terus di mindanya.

“SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE…” sorak suara-suara yang terasa penuh di dalam bilik itu…

Marini bersama Liza di sisi membawa sebuah kek. Cahaya lilin berlintuk liuk. Suasana menjadi hiruk pikuk dengan tepukan-tepukan penghuni rumah itu. Azura terperangah lagi. Dua kali kejutan. Cukup membuatkan dia terduduk mengawal emosi yang bercampur-campur.

Berlatarkan alunan piano mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

“Ok Kak, make a wish.”

Azura hanya mampu tersenyum. “Tak baik tau Marini buat akak terkejut malam-malam buta ni.”

“Saja je kak,”

Liza tersengih-sengih. Menjadi juga idea aku.

“Liza, akak tau ni semua kerja awak la ni…kus semangat.”

“Ala kak…apa-apa pun Happy Birthday,” dia memeluk Azura lama.

“Kak terima kasih atas segalanya.” Bisik dia perlahan. Azura hanya mampu tersenyum.

“Ye kak Happy Birthday..moga tahun ni akak bertambah sihat dan di temukan jodoh.” Sambut Marini pula lantas mengerling Imran.

“AMIN,” sambut yang lain bersemangat.

“Kak Zura pun nak ucapkan terima kasih sangat-sangat. Terharu tau , walau tadi akak panic gila dengan permainan 2 budak nakal ni….” Dia menepuk bahu Liza dan Marini yang menghimpit di kiri dan kanannya.

Malam itu di selubungi kemeriahan. Mereka makan dan berdansa. Azura terasa sangat gembira, cuma dia hairan kenapa Imran seakan menjauhkan diri. Yang dia tidak tahu, Imran sedang menanti peluang terbaik. Pabila semua yang hadir sibuk berdansa barulah dia mendekati Azura.

“Selamat Hari Jadi. Maaf I tak sempat nak beli hadiah.”

Tanpa berkata, Azura menarik tangan Imran dan menuju ke satu sudut.

“Lagu tu hadiah paling bermakna untuk Zura.”

“Luahan hati ku.” Perlahan dia berkata.

“It’s lovely.”

“You suka ?”

“Terlalu suka…”

Andai kau tahu bisikan jiwaku tatkala aku merindumu oh kasih… itu bait-bait lirik yang masih terngiang di telinganya. Mata mereka bertentangan untuk seketika. Sinar mata Imran yang redup sudah cukup membuatkan debaran yang tidak keruan. Dia mahu wanita itu dalam dakapan mesranya, mahu dia bisikan betapa cinta, kasih dan sayangnya semakin hebat. Tapi bukan sekarang, bukan juga esok. Bila ? Dia sendiri tidak punya jawapan.

“Perhatian…perhatian…kita kena off …aku dapat permit 1 jam je nih…kang Pak Aman mengamuk…”

“Ala leceh laaaaa..” sampuk Vishnu.

“Ntah ..apa kes 1 jam je….”

“Baru nak panas dah kena balik apa la lu Marini….”

Azura sempat mengerling Imran. Dia merasakan kebahagian adalah miliknya sekarang. Bersama Imran dia mahu berbagi rasa bahagia itu. Dia tidak takut lagi, dia percaya Imran akan menjaga hatinya. Ikhlas menyayangi dia, seperti mana juga dia.

No comments:

Post a Comment